BMW mempamerkan Z4 Concept di Pebble Beach

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah foto-foto usikan dan video promosi dikeluarkan beransur-ansur, BMW akhirnya mendedahkan rupa rupa sebenar kereta konsep BMW Z4 Concept di pertunjukkan kereta eksotik Concours d’Elégance (bermaksud ‘pertandingan antara yang paling elegan') di Pebble Beach, Amerika Syarikat.

 

Z4C1

Z4C2

Konsep BMW Z4 ini menampilkan gril buah ginjal yang lebih besar dan rendah dari biasa. 

Z4C3

Z4C4

Bamparnya juga mempunyai bibir bawah yang dikelilingi oleh lubang udara yang besar.  

 

Dari sisi, bentuk lampu depan yang terkeluar menjadi tumpuan utama, juga arca ala Aston Martin di atas ruang tayar belakang. 

 

Model konsep Z4 ini (atau dikenali dengan kod dalamannya, G29) akan juga menjadi asas model Toyota Supra baharu, hasil kerjasama kedua-dua syarikat tersebut.

 

Z4C5

Z4C6

Marc Girard, ketua bahagian rekabentuk kereta konsep di BMW, bertanggungjawab untuk rekaan terbaharu ini. Beliau juga mengetuai konsep rekabentuk model 8 Series sebelum ini. 

 

Z4C7

Z4C8

Pebble Beach sudah lama menjadi pentas untuk BMW mempamerkan ciptaan-ciptaan konsep terbaharunya, yang selalunya menampilkan ciri-ciri rekabentuk yang agak luarbiasa.

Z4C9

Z4C10

Juga menurut Bernhard Kuhnt, ketua pegawai eksekutif BMW bagi kawasan Amerika Utara, BMW akan mengeluarkan 40 model baharu dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…