BMW Malaysia terima 64 tempahan SUV elektrik iX bersempena Merdeka yang ke-64

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa lima hari sahaja, BMW Malaysia telah berjaya mencatatkan tempahan SUV berkuasa elektrik BMW iX sebanyak 64 unit, bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pra-tempahan untuk SUV elektrik tersebut boleh dibuat menerusi platform BMW Shop Online (https://shop.bmw.com.my/) dengan bayaran sebanyak RM5,000.

Menurut Hans de Visser selaku Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, "kami berasa amat gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari sebagai gaya hidup mereka.

"Sejak sekian lama, kami memberikan komitmen terhadap masa hadapan mobiliti elektrik, dan kami akan menggiatkan lagi penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia, serta meluaskan jaringan pengedar BMW i di bandar-bandar utama seluruh negara.
 

iX


BMW iX merupakan sebuah SUV elektrik sepenuh masa yang mampu menawarkan jarak pergerakan sehingga 630 km, serta menampilkan runut bunyi BMW IconicSounds Electric yang dicipta oleh komposer terkenal Hans Zimmer, menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih beremosi.

Untuk permulaan, BMW Malaysia menawarkan varian iX xDrive40 serta iX xDrive40 Sport, dimana versi xDrive40 datang dengan tetapan dua motor elektrik berkuasa 322 hp dan 630 Nm serta pecutan 0-100 km/j mengambil masa 6.1 saat.
 

iX


BMW iX xDrive40 dan iX xDrive40 Sport boleh didapati menerusi platform BMW Shop Online, di mana 100 pemilik pertama bakal mendapat tawaran eksklusif berupa pemasangan kemudahan pengecasan secara percuma, serta akses kepada fasiliti pengecasan awam selama satu tahun percuma. Tawaran ini terhad sehingga 22 September ini.

Harga jualan di pasaran Malaysia bermula dari RM419,630.00.

Baca: BMW iX xDrive40 2021 & BMW iX xDrive40 Sport 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…