BMW Malaysia raikan BMW M 50 Jahre dengan formasi jentera M

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena sambutan ulang tahun yang ke-50 BMW M, BMW Malaysia telah berjaya mengumpulkan 50 buah kenderaan berprestasi tinggi daripada portfolio BMW M di Sentul Depot.

Sebuah formasi kenderaan 5-0 turut dibentuk dengan menggunakan semua kenderaan BMW M yang menyertai acara tersebut.

Formasi ini merupakan sebahagian daripada program tarikan BMW M yang telah dianjurkan, seperti konvoi ke The ///Mansion @ One & Only Desaru yang disertai oleh 100 orang peminat.
 

BMW M


Program ini turut mengadakan sesi jualan barangan edisi terhad BMW M 50 Years, di mana dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu inisiatif perusahaan tempatan, Epic Society dalam membekalkan akses pendidikan kepada kanak-kanak Orang Asli.

Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "kami amat berbesar hati melihat semakin ramai individu yang menzahirkan minat dan sanjungan mereka ke atas jenama ini, terutama warga komuniti pemilik dan peminat BMW M di Malaysia.

"Komuniti ini terlahir daripada jiwa dan raga dibentuk selama 50 tahun, dan kami yakin bahawa hala tuju BMW M akan memperkukuhkan lagi cinta kita semua terhadap sukan permotoran dan jenama ini.”