BMW Malaysia perlihat model CKD terbaharu - BMW X7 xDrive40i Pure Excellence, dari RM708 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini memperlihatkan sebuah lagi model pemasangan tempatan yang bakal ditambah ke dalam portfolio kenderaan CKD jenama itu di pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SUV BMW X7 xDrive40i Pure Excellece merupakan model CKD terbaharu selepas BMW melancarkan beberapa model seperti BMW 218i Gran Coupe, BMW 330e M Sport dan BMW M340i xDrive.

Bagi mereka yang tidak tahu, BMW sebelum ini telah pun melancarkan secara rasmi model SUV X7 ini dua tahun yang lalu dengan penawaran varian yang serupa, iaitu X7 xDrive40i Pure Excellence.

 


Untuk versi CKD ini, ia masih lagi membawakan ciri-ciri seperti rekaan gril hadapan ikonik, lampu BMW Laserlight, lampu kabus LED, rim aloi 21 inci Y-spoke style 753 Bicolour dengan tayar jenis run-flat, dan pintu tailgate berkuasa elektrik.

Dari segi penawaran kuasa, BMW X7 xDrive40i Pure Excellece mengekalkan penggunaan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter yang menjana 340 hp dan 450 Nm, sistem pacuan semua roda xDrive dan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.1 saat, dan bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 9.5 liter untuk setiap 100 km.

 


BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 ini turut mengekalkan ciri yang terdapat pada model import sebelum ini, iaitu Executive Drive Pro dengan penstabilan oleng aktif, serta sistem Kawalan Peredam Dinamik yang mampu memproses data daripada sistem navigasi dan kamera hadapan.

Untuk ruang kabin pula, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence menampilkan elemen trim 'Crafted Clarity', roda stereng sport balutan kulit, tempat duduk larasan elektrik dengan sistem ventilasi aktif, BMW Live Cockpit yang menampilkan dua skrin 12.3 inci, BMW Head-up Display, serta bantuan pengaktifan suara BMW Intelligent Personal Assistant dan BMW Gesture Control.

Antara ciri lain termasuklah sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara, sistem pendingin hawa lima zon automatik, Rear Entertainment Professional System, bumbung Panorama Roof Sky Lounge, dan tidak ketinggalan penghadang privasi berkuasa elektrik untuk cermin sisi.

 


Aspek keselesaan penggunaan seharian disumbangkan oleh fungsi penutupan pintu jenis soft-close, sementara ruang kargo pula adalah sebesar 325 liter yang boleh ditambah kepada 2,120 liter apabila tempat duduk baris belakang dilipat.

Sebagai sebuah SUV bertaraf mercu, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence menampilkan koleksi kelengkapan keselamatan merangkumi BMW Personal CoPilot, Parking Assistant Plus dengan automatic manoeuvring, Reversing Assistant, serta Driving Assistant yang merangkumi ciri seperti Amaran Keluar Laluan, Amaran Penukaran Laluan, Amaran pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek, dan Kawalan Jelajah Aktif dengan fungsi Stop & Go.

Lima warna ditawarkan untuk BMW X7 xDrive40i Pure Excellence iaitu:

  • Black Sapphire (kemasan dalaman kulit Vernasca Cognac)
  • Sophisto Grey (kemasan dalaman kulit Vernasca Cognac)
  • Phytonic Blue (kemasan dalaman kulit berliang Vernasca Black)
  • Manhattan Metallic (kemasan dalaman kulit berliang Vernasca Black)
  • Mineral White (kemasan dalaman kulit Vernasca Coffee, rekaan berliang Black)

 


Pendaftaran minat boleh dibuat menerusi https://shop.bmw.com.my/ bermula 26 Februari ini.

Harga jualan anggaran pula bermula dari RM708,000.00, tidak termasuk insurans dan tertakluk kepada pengecualian cukai jualan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7…