BMW Malaysia perkenal kereta sport BMW i8 Coupe baharu - harga RM1.3 juta!

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini memperkenalkan jentera revolusi alaf baharu BMW i8 Coupe kombinasi daripada kuasa yang ekstrem dan tahap keberkesanan yang tiada bandingan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Raymond Tan, Ketua Bahagian Jualan BMW Malaysia berkata, BMW i8 ini menggambarkan cita-cita BMW Group yang lantang membentuk masa hadapan industri automotif negara, terutama di dalam aspek Mobiliti Elektro. 

Di peringkat domestik itu sendiri, BMW Group Malaysia mempunyai prestasi yang cemerlang dengan jumlah penyerahan terkini kenderaan elektrik BMW dan MINI lebih 55% daripada jumlah keseluruhan penyerahan unit kenderaan. 

 

Berikut merupakan beberapa fakta penting berkenaan BMW i8 Coupe

1. Enjin Pemenang Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa
 


BMW i8 dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.5 liter turbo (231 hp/320 Nm) yang menggerakkan roda belakang dan digandingkan dengan motor elektrik yang telah dipertingkatkan kuasanya sebanyak 12 hp (140 hp/250 Nm) pada gandar hadapan. 

Gandingan kuasa kedua-dua sistem ini (374 kuasa kuda) membolehkan BMW i8 memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa 4.4 saat dengan penggunaan bahan bakar serendah 1.8 liter/100 km. 

Selain daripada beberapa anugerah berprestij, BMW i8 juga merupakan pemenang anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa empat kali berturut-turut sejak 2015.
 

2. Seni bina LifeDrive 


Casis BMW i8 ini menggunakan struktir berbahagi yang merangkumi casis aluminium dan sel penumpang yang diperbuat daripada bahan plastik bergentian karbon terkukuh (CFRP) sebelum dikemaskan dengan penggayaan dinamik LifeDrive pada bahagian luaran. 

Produk kejuruteraan pintar ini memberikan kedudukan komponen-komponen penting yang optimal supaya pengendalian yang lebih baik dapat dicapai. 

Seni bina LifeDrive ini juga akan diguna pakai pada model-model BMW i pada masa akan datang. 

 

3. Teknologi aerodinamik yang lebih berkesan


Kejuruteraan yang pintar telah melengkapkan lagi BMW i8 ini dengan teknologi aerodinamik yang membolehkan aliran udara disalurkan dengan cara yang lebih berkesan dan mengurangkan kadar geseran angin. 

Ini boleh dilihat menerusi kedudukan bonet yang rendah, sistem pengawal flap udara, air curtains di bahagian apron hadapan, rekaan bawah badan berpenutup, jaluran "stream flow" pada kedua-dua sisi kenderaan, serta saluran udara yang terletak di antara lampu belakang dan bingkai bumbung. 

 

4. Jarak pengoperasian mod elektrik sahaja - 55 km!


Kapasiti bateri telah dipertingkatkan kepada 33 Ah berbanding 20 Ah pada model terdahulu membolehkan BMW i8 mencapai jarak pengoperasian sejauh 55 km di dalam mod pemanduan eDrive.

Dalam pemanduan seharian, motor elektrik akan berfungsi sebagai penjana yang menukarkan tenaga kinetik kenderaan kepada tenaga elektrik yang disalurkan ke bateri lithium ion manakala di dalam mod hibrid pula, motor elektrik akan memberikan kuasa tambahan pecutan kepada enjin sekiranya keadaan diperlukan.

Kesemua situasi ini dikawal menggunakan pengurusan tenaga pintar yang direka untuk memastikan tahap keberkesanan tenaga digunakan seoptimum mungkin. 

 

5. Ruang dalaman yang mesra pemandu, lebih informatif


Memasuki ruang kabin BMW i8 ini, pemandu akan dibentangkan dengan konsep yang sporty dan dinamik serta berorientasikan pemandu yang menampilkan kemasan trim karbon pada konsol tengah, pemegang pintu dan juga tombol gear. 

Paparan Head-Up BMW memaparkan beberapa info kritikal kenderaan seperti putaran enjin, posisi gear, lampu penukaran gear, dan boleh ditukar tetapan apabila pemandu memilih mod SPORT.

Sistem navigasi profesional (Navigation System Professional) pula menggunakan antara muka yang terkini serta dikawal oleh sistem operasi iDrive yang boleh diakses menerusi Touch Controller dan skrin 8.8 inci di bahagian tengah. 


6. Mobiliti Terhubung dipermudahkan dengan BMW Connected


Ciri BMW Connected ini membolehkan pengguna bersambung dengan dunia digital bagi memeriksa status terkini dan mengawal fungsi di dalam kenderaan mereka menerusi Remote App

Malah, ia juga turut memberikan beberapa kemudahan seperti akses lokasi kepada stesen pengecasan yang terhampir dan perbandingan data kadar keberkesanan sistem pemanduan terkini dan yang terdahulu.

Ciri kawalan jauh juga turut disertakan seperti Remote Door Lock & Unlock, Remote Light Flash dan Remote Horn Blow juga boleh diaktifkan menerusi Remote App ini. 

 

7. Dua warna eksklusif untuk BMW i8


BMW i8 boleh didapati menerusi rangkaian pengedar BMW i yang bertauliah pada harga bermula dari RM1,310,800.00 atau ansuran bulanan bermula serendah RM15,088.00 menerusi Program Pembiayaan Dinamik dengan dua pilihan warna iaitu dua tona Crystal White/Frozen Grey dan warna kelabu Donington Grey disertakan dengan ruang dalaman kemasan Black Amida atau Accaro

Pembeli BMW i8 Coupé Baharu juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi: 

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card.
  • Servis Atas Talian oleh BMW
Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun…
Berita Global
Secara kasarnya, BMW i8 merupakan salah satu kereta sports dengan rekaan yang futuristik dan tidak…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan rekod jualan yang diperoleh daripada Goodcarbadcar, Acura telah berjaya…