Inisiatif terbaharu ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran plastik, selain memberikan 'peluang baharu' kepada sisa-sisa plastik yang terbuang saban hari daripada terus mencemarkan alam sekitar.
Organisasi Precious Plastic Malaysia merupakan satu badan yang memfokuskan kepada penukaran dan penggunaan semula sisa plastik kepada barangan kegunaan seharian bagi membanteras pencemaran alam sekitar.
Dengan menukarkan sisa plastik kepada serpihan, bahan ini boleh dileburkan dan dibentuk menjadi sesuatu yang baharu, sekaligus mencipta barangan berharga daripada sisa buangan.
Terdapat banyak jenis plastik yang digunakan seharian, termasuklah Polyethylene Terephthalate (PET), High-Density Polyethylene (HDPE) dan Polypropylene (PP) yang kerap dijumpai.
Plastik berlabel 2 (HDPE) dan 5 (PP) merupakan plastik yang kerap digunakan dan dikitar semula di Malaysia, diikuti plastik 1 (PET).