BMW Malaysia lancar 530i M Sport Dark Shadow Edition - 36 unit sahaja, bermula dari RM393 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan model edisi terhad BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition untuk pasaran Malaysia, dengan tanda harga bermula dari RM392,800.00.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihadkan produksi sebanyak 36 unit sahaja, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition ini hanya dilayangkan dalam warna eksklusif Carbon Black, selain mendapat pakej Shadow Line, set rim M Performance 20 inci dengan kemasan warna hitam serta mendapat penambahan ciri sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

 


Selain daripada itu, gril buah pinggang hadapan turut dilayangkan warna hitam berkilat, sementara ruang kabin pula mendapat kulit Black Dakota dengan jahitan biru, atau Cognac Dakota dengan jahitan kontras.

Kesemua pakej di atas bernilai lebih daripada RM37,000, namun pembeli akan menikmati lebih penjimatan dengan harga jualan sebanyak RM10,000 berbanding harga jualan asal (RM382,800.00).

 


Dengan pelan pembiayaan Balloon Financing Plan, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM4,488 berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun. .

Untuk mereka yang mahu membeli, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition boleh didapati secara eksklusif di BMW Shop Online (https://shop.bmw.com.my) dengan yuran tempahan serendah RM1,000.

 


Model ini boleh dilihat secara terus menerusi pameran yang bertempat di lokasi di bawah:

Pengedar

Tarikh

Auto Bavaria, Ara Damansara

1 – 7 January

Wheelcorp Premium, Setia Alam

8 – 14 January

Quill Automobiles, PJ

15 – 21 January

Ingress Auto, Jalan Damansara

22 - 28 January

Auto Bavaria, Kuala Lumpur

29 January – 4 February

Ingress Auto, Puchong

5 – 11 February

Auto Bavaria, Sungai Besi

12 – 18 February