BMW Malaysia lancar 530e M Sport, 530i M Sport CKD secara rasmi

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan dua buah model sedan baharu yang bakal melengkapkan lagi portfolio kenderaan premium pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW 5 Series versi facelift tersebut kini boleh didapati dalam dua varian utama, iaitu versi petrol 530i M Sport serta versi plug-in hybrid iaitu 530e M Sport.

Kemaskini yang dibawakan termasuklah komponen gril hadapan yang lebih besar, diikuti dengan unit lampu utama yang lebih slim serta rekaaan lampu nyalaan siang (DRL) baharu.

 


Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah lampu BMW Laserlight dengan ciri anti-silau BMW Selective Beam dan fungsi adaptive cornering, sementara BMW 530e M Sport pula didatangkan dengan ciri Adaptive LED Matrix.

Kemasan luaran pula didatangkan dengan BMW Individual Shadow line jenis high-gloss untuk BMW 530e M Sport, dan BMW Individual Exterior Line Aluminium Satinated untuk model 530i M Sport.

Selain daripada itu, ciri lain termasuklah rim aloi ringan M Y-spoke 845 M Bi-Colour Jet Black 19 inci, suspensi adaptif, sistem brek M Sport, angkup brek M Sport berwarna biru, kemasan tip ekzos berbentuk trapezoid dan diffuser.

 


Model petrol 530i M Sport didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang menghasilkan 252 kuasa kuda dan 350 Nm, sementara model plug-in hybrid 530e M Sport pula menawarkan output yang lebih berkuasa, 292 hp dan 420 Nm dengan jarak sifar emisi sejauh 67 km (data NEDC).

Ciri keselamatan dipertingkatkan dengan Dynamic Stability Control (DSC) yang dibantu dengan ciri seperti Dynamic Traction Control (DTC), Cornering Brake Control (CBC), Dynamic Brake Control (DBC) dan brek ABS.

Tidak ketinggalan Driving Assistance menerusi Amaran Keluar Laluan dan Amaran Penukaran Laluan, amaran pelanggaran hadapan dengan intervensi brek, amaran pelanggan belakang, dan amaran lintasan trafik belakang.

 


Sementara model 530e didatangkan dengan sistem bunyi khas yang direka untuk memberikan amaran kepada pejalan kaki sekiranya kenderaan bergerak di dalam mod elektrik sepenuhnya dengan kelajuan sehingga 30 km/j.

Ruang kabin pula menampilkan BMW Live Cockpit Professional yang menggunakan BMW Operating System 7, sistem pencahayaan ambien, roda stereng M eksklusif balutan kulit, tempat duduk sports, upholsteri kulit Dakota, trim Aluminium Rhombicle dan headliner anthracite BMW Individual.

Ciri eksklusif yang dimuatkan pada BMW 530i M Sport adalah BMW Gesture Control, paparan head-up, BMW Display Key, dan sistem bunyi keliling Harman Kardon sementara BMW 530e M Sport pula mendapat sistem audio HiFi Loudspeaker.

 


Menariknya, kedua-dua varian BMW 5 Series ini turut ditawarkan dengan BMW M Performance Parts bernilai RM17,410.29 yang merangkumi:

  • gril hadapan berwarna High Gloss Black
  • perumah cermin sisi gentian karbon
  • jalur sisi M Performance
  • side sill M Performance
  • spoiler belakang Matte Black
  • set bampar belakang yang merangkumi trim bampar dan diffuser

Sehingga 31 Disember 2021, para pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 10 peratus.

Varian baharu 5-series ini boleh didapati dalam warna Alpine White atau Carbon Black yang dipadankan dengan upholsteri kulit Dakota Black atau Cognac, atau warna Phytonic Blue, Sophisto Grey dan Bluestone dengan padanan kulit hitam Dakota.

 


Harga jualan bermula dari RM334,353.95 atau bulanan serendah RM3,778 untuk model BMW 530e M Sport, dan RM384,941.86 atau bulanan serendah RM4,388.00 untuk model BMW 530i M Sport.

 

BMW M Performance Parts

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…