BMW Malaysia kini mencari model BMW M yang tertua bersempena ulang tahun ke-50

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 BMW M GmbH pada 24 Mei 2022, BMW Group Malaysia kini sedang melakukan pencarian bagi model-model BMW M yang tertua dalam setiap siri model di kalangan pemilik tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekiranya anda merupakan pemilik model BMW M yang dicari, sila daftarkan butiran peribadi anda menerusi laman web INI, di mana pemenang akan menerima barangan eksklusif BMW M, serta sorotan oleh BMW Group Malaysia.

Bukan itu sahaja, seorang pemenang akan turut dipilih bagi setiap siri model BMW M, dan hadiah istimewa juga akan diberikan berdasarkan penyertaan yang menarik.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Jun 2022.
 

CSL


Sejarah BMW M bermula pada era 70-an, di mana pada ketika itu ia bermula menerusi model homologasi BMW 3.0 CSL yang direka untuk European Touring Car Championship dan kemudian mendominasi setiap kejuaraan dari tahun 1975 hingga 1979.

Namun, BMW M1 (gambar utama) sebenarnya merupakan model rasmi pertama M yang dijual secara rasmi kepada umum, dan muncul pada tahun 1978.

BMW M1 menampilkan enjin enam silinder sebaris 3.5 yang berkuasa 273 hp dan 330 Nm, mempunyai kelajuan tertinggi 265 km/j dan dengan angka produksi terhad sebanyak 456 unit sahaja.
 

M5


Kemudian pada tahun 1985, BMW memperkenalkan model M5 (E28) dengan nadi enam silinder sebaris 3.5 liter menghasilkan 286 hp - enjin yang asalnya dibangunkan untuk model lagenda BMW M1.

Sedikit fakta menarik, keseluruhan generasi BMW E28 sebenarnya lebih dikenali sebagai model  yang dipasang menggunakan tangan sepenuhnya sehinggalah produksi model tersebut berakhir.
 

M3


Salah satu daripada model bersejarah BMW M sebenarnya muncul pada tahun 1986, apabila BMW memperkenalkan model BMW M3 (E30) dengan enjin 2.3 liter berkuasa 200 hp (235 hp untuk model Sport Evolution)

Ini membolehkan BMW M3 mendominasi litar lumba dan dalam masa yang sama menawarkan prestasi yang berkuasa di atas jalan raya, menjadikannya salah satu model BMW M yang paling ikonik.

Semenjak daripada itu, BMW M berterusan menawarkan model berprestasi tinggi yang telah ditala untuk setiap siri model, termasuklah siri X (X3 M, X4 M, X5 M, X6 M), serta model-model coupe (M2, M4, M8).

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…