BMW Malaysia jadi Rakan Automotif Rasmi acara CIMB Classic 2017 untuk 8 tahun berturut-turut

oleh DIANA ISMADI|
BMW Malaysia sekali lagi menjadi Rakan Automotif Rasmi untuk CIMB Classic. Pengeluar kenderaan premium itu mengadakan majlis penyerahan rasmi kunci kereta yang dilengkapi sistem BMW iPerformance.

Terdiri daripada model BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive 40e dan BMW 330e Hybrid dengan teknologi eDrive, ia menjadi kenderaan rasmi yang signifikan buat semua pemain, pegawai serta VIP dalam acara CIMB Classic 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CIMB Classic 2017 tahun ini melibatkan sembilan juara Major, sepuluh ahli pasukan Presidents Cup, 15 orang pemain daripada 50 orang pemain teratas dalam Ranking Rasmi Golf Dunia dan 18 orang pemenang daripada musim PGA TOUR 2016-17.

 

Sepanjang pertandingan ini, BMW Malaysia turut menampilkan model BMW 430i M Sport, BMW X1 sDrive20i, BMW X5 xDrive40e, BMW 740Le xDrive dan BMW 330e di TPC Kuala Lumpur. Sementara itu, BMW 740Le xDrive Hybrid serba baharu dengan teknologi eDrive yang ditawarkan pada harga RM598,800.00 menjadi hadiah hole-in-one.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai CIMB Classic 2017, sila layari laman web: www.cimbclassic.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW Group Malaysia, sila layari laman web: www.bmw.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…