BMW Malaysia dedah teaser SUV elektrik iX - pelancaran dalam masa terdekat

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia bakal melancarkan model SUV elektrik BMW iX dalam masa terdekat, berdasarkan hantaran yang dimuatnaik dalam laman media sosial Facebook mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, BMW Malaysia turut menyediakan laman web khas yang menjemput orang ramai mendaftarkan minat untuk mendapatkan model elektrik sepenuh masa itu.

Berdasarkan semakan, terdapat dua varian yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu BMW iX xDrive 40 dan BMW iX xDrive50.
 

BMW IX


Versi xDrive40 datang dengan tetapan dua motor elektrik berkuasa 322 hp dan 630 Nm serta pecutan 0-100 km/j mengambil masa 6.1 saat, sementara versi xDrive50 pula menggunakan tetapan yang serupa, namun dengan angka output yang lebih tinggi (516 hp/765 Nm), serta pecutan 0-100 km/j dalam 4.6 saat sahaja.

Varian terendah didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 71 kWh dengan jarak operasi sejauh 425 km, sementara varian xDrive50 pula dilengkapi pek bateri 105.2 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 630 km.
 

iX


BMW iX hadir dengan sokongan pengecasan AC 11 kW yang mengambil masa sekitar lapan hingga 11 jam untuk pengecasan penuh, serta mampu menampung pengecasan pantas DC sehingga 200 KW yang membolehkan pengecasan 10-80 peratus kapasiti dalam tempoh 35 minit.

Malah, laman web itu turut menyenaraikan masa pengecasan untuk jarak 100 km dengan menggunakan stesen pengecasan pantas, di mana varian xDrive50 hanya mengambil masa sekitar enam minit, atau lapan minit untuk varian xDrive40.

Baca: BMW iX 2022

Maklumat lanjut beserta penawaran aksesori boleh disemak menerusi laman web INI.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…