BMW mahu hasilkan Land Cruiser versi mewah?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar dari kolesa

Menurut satu sumber dari majalah automotif Jepun, MacX, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kedua-dua syarikat Toyota dan BMW kini sedang merangka untuk menghasilkan sebuah lagi model kerjasama selepas BMW Z4 dan Toyota Supra. 

Antara kemungkinan yang dibincangkan ialah untuk menambah sebuah lagi model baharu ke dalam keluarga SUV premium X BMW dengan keupayaan untuk meredah off-road yang melebihi apa yang ditawarkan oleh BMW sebelum ini. 
 


Dan salah sebuah model dari Toyota/Lexus yang sangat sesuai dengan konsep baharu ini ialah Land Cruiser itu sendiri. 

SUV terbesar dari BMW setakat ini, BMW X7 walaupun dihadirkan dengan keupayaan pacuan semua roda, namun ia masih belum cukup untuk menandingi keupayaan yang ditawarkan oleh SUV off-road sebenar. 

Tambahan pula, terdapat permintaan dari para peminat jenama Munich ini, khususnya dari Russia dan Timur Tengah yang mahukan sebuah SUV off-road yang memiliki keupayaan Land Cruiser, namun dengan tambahan ciri mewah dari BMW itu sendiri. 
 


Toyota Land Cruiser sudah pun mempunyai kembar mewahnya yang tersendiri, Lexus LX 570 yang hadir dengan enjin 5.7 liter 3UR-FE dengan kuasa sekitar 371 hp dan 534 Nm.  

Setakat ini tiada sebarang komen dari kedua-dua belah pihak, namun tidak mustahil Toyota dan BMW akan bekerjasama sekali lagi selepas terhasilnya Supra/Z4. 

 

Land Cruiser versi mewah, Lexus LX 570


Apatah lagi populariti SUV masih lagi utuh di sesetengah pasaran, dan tidak salah untuk mereka mencuba menawarkan alternatif kepada G-wagen. 

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…