BMW mahu gabungkan 4, 8 Series jadi keluarga 6 Series tahun 2026

oleh Mohamad Hanif|
Sejak bertahun-tahun, BMW menggunakan format tatanama angka bagi melambangkan setiap kelas dan model yang dijual kepada umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Daripada nombor satu sampailah nombor lapan.

Senang cerita:

  • 1 Series - hatchback segmen C
  • 2 Series - boleh didapati dalam versi Coupe, Gran Coupe dan MPV kompak
  • 3 Series - sedan segmen D, boleh didapati dalam bentuk wagon
  • 4 Series - boleh didapati dalam versi Coupe, Convertible dan Gran Coupe empat pintu (alternatif kepada 3 Series)
  • 5 Series - sedan segmen E, juga didapati dalam versi wagon
  • 6 Series - sedan fastback, alternatif kepada 5 Series
  • 7 Series - sedan saiz penuh (segmen F)
  • 8 Series - boleh didapati dalam versi Coupe, Convertible dan Gran Coupe empat pintu (alternatif kepada 7 Series)

 

4 series


Buat masa ini, angka tersebut boleh dikatakan cukup lengkap namun berdasarkan laporan terbaharu daripada laman web Australia Which Car, BMW dikatakan akan menggabungkan model-model dari keluarga 4 Series (Coupe & Convertible) dan 8 Series (Coupe & Convertible) menjadi satu keluarga tunggal 6 Series menjelang tahun 2026.

Difahamkan, model 6 Series sedia ada yang menampilkan bentuk badan GT itu akan dihentikan penawarannya, menjadikan portfolio 6 Series pada masa akan datang akan menjadi sesuatu yang lebih berbeza.
 

6


Sementara model 8 Series Gran Coupe pula akan diserap masuk ke dalam keluarga 7 Series untuk menjadi alternatif kepada penawaran sedan berbentuk tradisional tiga kotak.

Permintaan terhadap coupe dan convertible semakin merudum bukan sahaja memberikan kesan kepada BMW, malah Mercedes-Benz turut sama mengambil langkah yang sewajarnya dengan menghentikan penawaran model S-Class versi coupe dan convertible, selain terdapat ura-ura untuk menyatukan C-Class coupe dan E-Class coupe menjadi satu model tunggal CLE-Class.

Sumber: Which Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…