Rekaan Luaran dan Pilihan Warna Warisan
M850i Edition M Heritage hadir dalam lima warna bersejarah dari BMW Individual yang pernah ditawarkan pada 8 Series E31 asal yang diperkenalkan pada Pameran Motor Frankfurt 1989.
Pilihan warna ini termasuk Bright Red, Mauritius Blue metallic, Cosmos Black metallic, Oxford Green metallic dan Daytona Violet metallic.
Setiap warna luaran dilengkapi dengan bumbung karbon M standard yang dihiasi jalur riasan tiga warna M eksklusif.
Roda aloi 20 inci dua warna Orbit Grey Stye 895M dengan tayar prestasi musim panas, turut membezakan model ini.
Reka bentuk luaran dipertingkatkan lagi dengan pakej M Sport Professional standard, yang merangkumi brek M Sport dengan angkup hitam, lampu M Shadowline dan kemasan luaran Extended Shadowline.
850i Edition M Heritage hadir dalam satu pakej lengkap, ciri-ciri premium seperti Sistem Bunyi Bowers & Wilkins Diamond Surround dan Pakej Driving Assistance Professional dibekalkan sebagai ciri standard.
Pelanggan hanya perlu memilih warna luaran.
Dalaman Mewah dan Eksklusif
Di bahagian dalam, M850i Edition M Heritage menawarkan elemen tempat duduk, balutan dan riasan unik yang tidak terdapat pada model 8 Series lain.
Pemandu dan penumpang hadapan dibekalkan kerusi M Sport dengan balutan kulit BMW Individual Black Full Merino dan Alcantara dan corak berlian.
Alcantara menghiasi pelapik bumbung, papan pemuka, dan panel pintu atas.
Kerusi, panel pintu, dan tali pinggang keledar semuanya menampilkan jahitan tiga warna M dengan lencana M khas dan logo pada penyandar kepala depan.
Konsol tengah dihiasi gentian karbon kemasan kusam yang unik. Tuil gear kaca dan kawalan iDrive menambah sentuhan elegan kepada ruang dalaman yang sporti.
Sebagai tanda eksklusif, penutup pemegang cawan dan plat ambang pintu tertera tulisan M850i Edition M Heritage dan angka 1/500.
Prestasi TwinPower Turbo V8
M850i Edition M Heritage dikuasakan enjin TwinPower Turbo V8 4.4 liter yang menghasilkan 523 kuasa kuda (hp) dan 750Nm tork.
Kuasa disalurkan melalui transmisi Steptronic 8-kelajuan ke sistem pacuan semua roda pintar xDrive BMW.
Hasilnya ialah pecutan 0-97 km/j dalam hanya 3.9 saat, dengan kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik kepada 249 km/j.
Harga dan Penawaran Terhad
Pengeluaran M850i Edition M Heritage akan bermula pada November 2025, dengan penghantaran dijangka bermula pada suku pertama 2026.
Model ini terhad kepada hanya 500 unit dan ditawarkan di pasaran terpilih di seluruh dunia, menjadikannya sebuah BMW yang sangat jarang dan istimewa untuk dimiliki.
Penulis: Muhamad Md Tajudin