BMW M850i Coupe MY Edition - nadi V8 530 PS/750 Nm, dari RM1.1 juta

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan jentera coupe M850i xDrive Coupé MY Edition yang diberikan kemaskini yang lebih sporti, serta pelbagai kelengkapan standard yang telah dinaiktaraf.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi kuasa, M850i xDrive Coupé MY Edition ini mengekalkan nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 530 PS dan daya kilas 750 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.9 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.
 

M850i


Antara penambahbaikan yang dibawakan termasuklah komponen M yang merangkumi logo, cermin sisi, rim aloi 20 inci 895 M Bicolour, sistem brek M Sport, serta kemasan M Lights Shadowline dan M Shadowline berkilau tinggi.

Tidak ketinggalan, rekaan gril hadapan bercahaya Iconic Glow yang menawarkan pencahayaan seumpama air terjun pada bilah gril.
 

M850i


Ruang kabin M850i xDrive Coupé MY Edition dikemaskan dengan skrin paparan lebih besar bersaiz 12.3 inci, diikuti dengan tempat duduk M Sport standard untuk pemandu dan penumpang hadapan, trim Carbon Fibre M, serta butang kawalan bersadur elektron.

Aspek keselesaan dibantu dengan sistem pendingin hawa automatik dua zon, sementara sistem hiburan dilengkapi dengan unit audio keliling Bower & Wilkins Diamond.
 

M850i


Pembeli boleh mendapatkan pilihan warna Frozen Pure Grey Metallic dan Frozen Tazanite Blue Metallic daripada BMW Individual, manakala upholsteri dalaman pula menampilkan trim kulit Merino BMW Individual dengan pilihan warna hitam, Cognac, Ivory White, Night Blue, Tartufo dan Fiona Red.

Harga jualan BMW M850i xDrive Coupé MY Edition ini bermula dari RM1,102,800 atau bulanan serendah RM12,797 dengan menggunakan pelan pembiayaan Straight Line berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penangguhan tersebut walaubagaimanapun tidak pernah menghalang penala Jerman terkenal AC Schnitzer…
Berita Global
Satu lagi merupakan golongan yang disukai oleh Dahler, salah sebuah penala terkemuka untuk…
Pelancaran
BMW Malaysia akhirnya telah melancarkan sports car yang paling dinanti-nantikan, iaitu The 8 atau…