Malangnya, generasi baharu M4 ini dikatakan model BMW yang terakhir untuk menerima transmisi tersebut memandangkan ia bukanlah tertakluk kepada permintaan ramai yang lebih gemarkan transmisi automatik untuk memandu.
Hal ini disahkan oleh Klaus Frohlich, ketua unit pembangunan BMW yang menyebut model pengganti F82 M4 ini seharusnya mempunyai transmisi manual sebelum mereka menghentikan sepenuhnya penawaran transmisi ini kepada umum.
Selain daripada permintaan yang semakin menurun, Frohlich menyebut BMW juga kini mengalami kesukaran oleh kerana tiada rakan strategik yang mahu membangunkan transmisi manual yang sesuai untuk kegunaan model baharu BMW.