BMW M340i xDrive dan 330Li M Sport rasmi di Malaysia - Lebih prestasi, lebih luas, harga dari RM325,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah melancarkan tiga varian BMW 3 Series G20 facelift pada bulan Januari yang lepas, baru-baru ini BMW Malaysia telah melancarkan dua lagi varian baharunya iaitu BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baca: BMW 3 Series 2023 facelift dilancarkan

Pelancaran model M340i xDrive dan 330Li M Sport itu sekaligus melengkapkan barisan model sedan BMW 3 Series yang ditawarkan di Malaysia.

Sama seperti varian 320i M Sport, 330i M Sport dan 330e M Sport yang dilancarkan pada Januari lalu, varian M340i xDrive dan 330Li M Sport juga menampilkan skrin melengkung BMW Curved Display.

Kedua varian baharu itu turut menerima gandingan skrin paparan info 12.3 inci dan skrin paparan tengah 14.9 inci untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih canggih.

 

2

 

Untuk versi prestasinya iaitu M340i xDrive, ia dikuasakan oleh enjin B58 3.0 liter 6 silinder turbo dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan bersama pacuan semua roda xDrive.

BMW M340i xDrive itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 387 HP dan 500 Nm, dengan kemampuan untuk memecut dari 0 ke 100 kmj dalam 4.4 saat sahaja, dan mampu mencatatkan kelajuan tertinggi sehingga 250 kmj.

Bagi menambahkan lagi ciri prestasi pada M340i xDrive, ia turut dilengkapi dengan Diferential M Sport, Suspensi M Adaptif dan Stereng Sport Aktif.

Pada rupa luaran, M340i xDrive turut dilengkapi jeriji buah pinggang dan lampu LED Adaptif pada bahagian depan, ia turut ditambah dengan roda aloi M jenis Double-spoke 791 Bicolour bersaiz 19 inci, cermin sisi M dan brek M Sport.

 

3

 

Pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan spoiler M yang membezakannya dari varian lain.

Bagi meningkatkan lagi rupa model M340i xDrive, ia ditawarkan dengan versi Pro yang didatangkan dengan roda aloi M jenis Double-spoke 791 dwiwarna Jet Black bersaiz 19 inci.

M340i xDrive M Sport Pro juga didatangkan eksklusif dengan M lights Shadowline, kaliper brek M Sport berwarna High-Gloss Red, trim M High-gloss Shadow Line, jeriji buah pinggang berwarna High-Gloss Black dan M Rear Spoiler berwarna Black Sapphire.

 

4

 

Untuk versi keselesaannya iaitu BMW 330Li M Sport, ia dikuasakan oleh enjin B48 2.0 liter turbo dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan bersama pacuan roda belakang.

BMW 330Li M Sport pula mampu menghasilkan 258 HP dan 400 Nm, dengan kemampuan untuk memecut dari o ke 100 kmj dalam masa 6.2 saat.

Berbeza dari versi prestasi, 330Li M Sport dilengkapi dengan suspensi yang lebih ke arah keselesaan dan memiliki 2,961mm jarak roda, dimana ianya 110mm lebih panjang berbanding 330i M Sport.

Sama seperti tiga varian yang diperkenalkan pada bulan Januari, dua varian baharu itu turut mendapat ciri BMW Live Cockpit Professional yang dikuasakan oleh BMW Operating System 8, BMW Intelligent Personal Asistant, Comfort Access, serta ciri Connected Package Professional yang turut merangkumi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 

6

 

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan bantuan keselamatan seperti:

  • Amaran Keluar Lorong (dengan intervensi stereng aktif)
  • Amaran Penukaran Lorong
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (dengan intervensi brek)
  • Amaran Lintaran Trafik Belakang
  • Amaran Pelanggaran Belakang
  • Informasi Had Kelajuan
  • Bantuan Had Kelajuan (manual)

Harga bagi kedua varian baharu itu bermula dari RM325,800 untuk varian 330Li M Sport, RM391,800 untuk varian M340i xDrive dan RM396,800 untuk varian M340i xDrive Msport Pro.

 

7

 

Seperti yang ditawarkan pada tiga varian terawal, kedua varian baharu itu akan menerima manfaat dari BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi:

  • Jaminan tanpa had perbatuan lima tahun dengan program servis berjadual percuma
  • Bantuan tepi jalan dan Talian Hotline Kemalangan BMW
  • BMW Group Loyalty+ Mobile App - BMW Priveleges Card
  • BMW Service Online

Selain itu juga, BMW Group Financial Services Malaysia turut menyediakan kemudahan pembiayaan BMW Easy Drive, dimana model baharu itu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM4,281 RM4,336 dan RM3,569 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…