BMW M3 Touring takkan hadir dalam versi pacuan roda belakang, transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Autocar
Buat pertama kalinya, BMW bakal menawarkan bentuk badan station wagon/estate/touring untuk ahli keluarga M3, dan ia semestinya satu berita yang menggembirakan kebanyakan ketua keluarga yang mahukan sebuah kereta pantas yang praktikal.
Modenas

Namun, berita kurang baiknya adalah BMW M3 Touring itu tidak akan ditawarkan dalam transmisi manual atau versi pacuan roda belakang sahaja.

Menurut sumber dalaman yang dipetik oleh BMWBlog memberitahu model wagon pantas itu tidak akan hadir dengan transmisi manual dan pacuan roda belakang, sebaliknya hanya eksklusif dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive M.

Berita ini bukanlah satu kejutan di dalam era di mana permintaan terhadap wagon dan kotak gear manual yang semakin menurun.

 

gambaran artis semata-mata


Menurut sumber itu lagi, BMW M3 Touring akan dilancarkan secara eksklusif dalam varian Competition, menampilkan enjin inline-6 3.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 503 hp dan 650 Nm.

Merujuk kepada model M3 Sedan Competition dan M4 Coupe COmpetition, kuasa pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 3.8 saat, namun untuk model wagon dengan bumbung yang lebih panjang, berkemungkinan besar masa pecutan tersebut sedikit perlahan.

Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j, atau 290 km/j apabila M3 Touring dilengkapi dengan pek opsyen M Driver.

 


Sumber: BMWBlog

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan pandang kali pertama, rekaan luaran BMW M3 Touring ini akan mengikut rapat rekaan yang…
Berita Global
Menurut pengeluar automotif dari Jerman, BMW M3 Touring itu akan muncul selepas pelancaran rasmi…
Berita Global
Namun, ia tidak pernah menghalang salah sebuah penala BMW, Alpina untuk memperkenalkan sebuah…