BMW M3 Touring sentuhan AC Schnitzer mampu hambur 602 hp, 750 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan tahun 2022, BMW melancarkan secara rasmi model wagon pantas BMW M3 Touring yang mampu membuatkan pesaing seperti Audi RS4 Avant dan Mercedes-AMG C 63 Estate keluar peluh dingin.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun angka tersebut mungkin tidak cukup tinggi bagi sesetengah pihak.
 

m3 touring


Dapatkan sahaja khidmat talaan daripada AC Schnitzer, dan anda boleh menikmati sebuah wagon dengan kuasa sehingga 582 hp dan 750 Nm, atau talaan tertinggi 602 hp dan 750 Nm.

Talaan enjin sahaja tidak mencukupi, jadi AC Schnitzer telah memasang sistem ekzos berprestasi yang diakhiri dengan empat tip ekzos yang diperbuat daripada gentian karbon.

Sistem suspensi hadapan direndahkan sebanyak 15-20 mm sementara ketinggian gandar belakang masih lagi dikekalkan.
 

M3


Altenatifnya, pemilik boleh mendapatkan sistem suspensi gegelung RS yang boleh dilaras tetapannya bergantung kepada keperluan.

Pihak AC Schnitzer turut mengubah sedikit aspek kosmetik dengan menambah splitter hadapan berwarna hitam dan canard pada bahagian sisi bampar, diikuti spoiler belakang yang boleh menambah daya turun 20 kg, dan diffuser daripada gentian karbon.

Pembeli boleh mendapatkan dua rekaan rim untuk M3 Touring ini dengan pilihan warna Silver/Anthracite atau Anthracite/Silver bersaiz 20 inci.
 

m3 touring


Akhir sekali, pembeli akan disambut dengan roda stereng sports baharu, paddle shifter aluminium serta pedal aluminium pada ruang kabin.

Baca: Spesifikasi BMW M3 Touring 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…
Berita Global
Kini, syarikat talaan yang berpusat di Aachen itu mengorak langkah baharu dengan menawarkan pakej…
Berita Global
Penangguhan tersebut walaubagaimanapun tidak pernah menghalang penala Jerman terkenal AC Schnitzer…