Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan kereta elektrik BMW i4 M50, BMW kini menambah sebuah lagi jentera untuk dikerahkan sebagai kereta keselamatan MotoGP, iaitu sebuah wagon BWM M3 Touring yang baharu sahaja dilancarkan.
Model yang memecahkan rekod terpantas di Litar Nurburgring itu dilengkapi dengan peralatan seperti bar lampu bumbung, LED tambahan pada gril, liveri khas Safety Car, serta pemasangan komponen opsyen daripada senarai M Performance.

Sementara ruang kabin pula mendapat sepasang tempat duduk Recaro dengan sistem abah-abah empat poin, sistem pengeluaran bahan api, palang keselamatan serta peralatan yang diperlukan semasa bertugas di atas litar.
Seperti model M3 Touring standard, kereta keselamatan MotoGP ini didatangkan dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 503 hp dan daya kilas 650 Nm, sistem transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive M.
Jentera ini akan bertugas buat kali pertama di pusingan GP British di Silverstone pada bulan Ogos ini.