BMW M3, M4 Competition xDrive 2022 - pacuan semua roda, 0-100 3.4 saat!

oleh Mohamad Hanif|
September tahun lalu, BMW menerusi divisyen M telah pun melancarkan kembar model berprestasi tinggi iaitu BMW M3 Sedan dan BMW M4 Coupe generasi baharu, dan kini ia disusuli dengan kehadiran versi pacuan semua roda Competition xDrive.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sayang sekali, penawaran transmisi manual yang terdapat pada model 'asas' BMW M3 dan BMW M4 tidak diteruskan pada versi AWD, memandangkan spesifikasi Competition hanya ditawarkan dalam versi automatik lapan nisbah kelajuan sahaja.

 


Dari segi kuasa, BMW M3 Competition dan BMW M4 Coupe Competition dilengkapi dengan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris turbo berkembar yang mampu menjana 503 hp dan 650 Nm, namun dengan bantuan transmisi automatik dan sistem pacuan semua roda itu tadi, pecutan 0-100 km/j mampu disingkatkan kepada 3.4 saat sahaja (lebih pantas 0.4 saat).

Namun, kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik kepada 250 km/j, dan had elektronik itu boleh dinyahkunci kepada 290 km/j menggunakan opsyen M Performance Package.

Sistem pacuan semua roda xDrive yang terdapat pada kedua-dua model M3 dan M4 memiliki tiga mod pemanduan, iaitu 4WD, 4WD Sport dan 2WD.

 


Secara lalai, mod pemanduan 4WD memiliki kecenderungan untuk menghantar kuasa kepada gandar belakang, dan hanya akan menyalurkan kuasa kepada gandar hadapan ketika sistem mengesan gelinciran roda berlaku.

Mod 4WD Sport pula direka untuk pemanduan di litar dengan kuasa dihantarkan lebih kepada gandar belakang sementara mod 2WD itu tadi akan mematikan ciri kawalan kestabilan dinamik (DSC) yang membolehkan pemandu yang berpengalaman menikmati pemanduan pacuan roda belakang yang tulen.

Agihan kuasa dikendalikan oleh transfer case dengan klac multi-plate yang dikawal secara elektronik, dibantu dengan komponen differential Active M.

 


Dari segi penawaran, kedua-dua kereta M3 dan M4 didatangkan dengan rim hadapan bersaiz 19 inci dan rim belakang 20 inci, namun model xDrive dilengkapi dengan rak stereng yang menawarkan respons yang lebih pantas, pakej M Drive Professional, Drift Analyzer, kompaun brek M, brek M Carbon Ceramic, serta pakej M Performance yang disebutkan tadi.

Harga jualan untuk BMW M3 Competition xDrive bermula dari $77,895 (RM321,745) sementara model M4 Competition xDrive pula bermula dari $79,795 (RM329,593).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Atas kertas, sedan berprestasi tinggi dengan trenkuasa plug-in hybrid itu sememangnya mampu untuk…
Telah Diuji
Ini kerana syarikat seperti BMW Group Malaysia tidak pernah lokek untuk membawakan barisan model-…