BMW M3 E30 Johnny Cecotto Edition 1989 untuk direbut - harga hampir setengah juta ringgit!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi pertama BMW M3 (E30) sudah pun lama dihentikan produksi, namun ia masih lagi meraih populariti yang tersendiri di kalangan para peminatnya, dan salah satu varian yang pernah dilancarkan kini boleh didapati menerusi laman web Fast Classics.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Varian yang dimaksudkan merupakan varian Johnny Cecotto Edition yang dilancarkan pada tahun 1989 sebagai satu penghormatan dan tribut kepada pelumba F1 dan DTM, Johnny Cecotto.

 


Varian Johnny Cecotto ini mendapat beberapa keistimewaan jika dibandingkan dengan model M3 standard, seperti contoh ia merupakan model M3 E30 pertama yang mendapat enjin empat silinder sebaris 2.3 liter S14 yang dinaiktaraf berkuasa 215 hp di mana enjin ini kemudian digunakan pada model-model M3 selepas itu.

Selain daripada itu, pemilik juga bakal mendapat rim BBS bersaiz 16 inci, tip ekzos krom, kaca tingkap belakang yang nipis, lampu  kabus dan tidak ketinggalan pakej aerodinamik Evolution II.

 


Penawaran warna pada ketika itu dihadkan kepada Misano Red, Macao Blue atau Nogaro Silver.

Sebanyak 480 unit sahaja dihasilkan pada ketika itu, termasuklah unit yang dihasilkan untuk pasaran Switzerland dan ditala kembali supaya menghasilkan 211 hp supaya memenuhi piawaian pelepasan emisi negara pada ketika itu.

Unit yang dipamerkan ini merupakan casis bernombor 341/480 dan menghabiskan masa di Jerman sebelum diimport ke UK pada tahun 1997 dengan jarak perbatuan kini mencecah 140,000 km.

 


Harga jualan?

Menurut semakan di laman web Fast Classics, anda perlu menyediakan wang berjumlah £84,995 atau RM489,948 mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Sumber: Fast Classics

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…
Berita Global
Sebanyak 5,000 unit sahaja dihasilkan, jentera ini didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris…