BMW M3 E30 1988 untuk dijual - agak-agak berapa harga?

oleh Mohamad Hanif|
BMW M3 E30 merupakan jentera M3 generasi pertama yang hadir antara tahun 1986 sehingga tahun 1991 sebagai sebuah jentera homologasi khas bagi memenuhi syarat perlumbaan DTM dan Group A Touring.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sebanyak 5,000 unit sahaja dihasilkan, jentera ini didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris S14 yang menghasilkan 192 hp/230 Nm, sistem transmisi Getrag 265 lima nisbah kelajuan rapat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 235 km/j. 
 


Dengan berat badan sekitar 1,165 kg, aspek aerodinamik turut diberikan penekanan sehinggakan BMW M3 E30 ini mampu mencapai kadar pekali seretan Cd 0.33 berbanding 0.38 pada model 3-Series standard. 

Jadi, bagi mereka yang tidak begitu berminat untuk mencari BMW M3 moden yang rata-ratanya berat, boleh mencuba nasib di laman Bring A Trailer yang mengiklankan sebuah BMW M3 E30 tahun 1988. 

 


Dari segi luaran, ia dilayangkan dengan warna merah Zinnoberrot, kit badan asli M3 (skirt sisi, bumper depan dan belakang, fender flare), serta splitter hadapan dan spoiler belakang BMW M3 Sport Evolution. 

Rim pula adalah jenis aloi dengan rekaan basketweave bersaiz 15 inci yang melindungi brek cakera berliang di keempat-empat sudut. 
 


Seperti bahagian luaran, aspek ruang kabin juga turut diberikan penjagaan rapi  yang menampilkan upholsteri kulit tan, karpet dan panel pintu yang berwarna serupa, serta papan pemuka berwarna hitam. 

Ia juga turut sesuai digunakan sebagai jentera harian dengan kehadiran tingkap berkuasa, sistem pendingin hawa dan juga ciri kawalan pelayaran. 
 


Ketika artikel ini ditulis, laman web Bring A Trailer kini sedang mempamerkan harga bidaan berjumlah $121,000 (RM515,763) yang bakal berakhir dalam masa empat hari lagi. 

Yang pasti, jentera rare dengan kondisi yang amat terjaga, amat mustahil untuk mendapatkan jentera sebaik ini pada harga sebuah Perodua Axia baharu varian asas.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…
Berita Global
Varian yang dimaksudkan merupakan varian Johnny Cecotto Edition yang dilancarkan pada tahun 1989…