BMW M2 CS Racing - 444 hp, untuk kaki lumba di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara perlumbaan 24 Hours of Daytona, BMW memperkenalkan secara rasmi jentera lumba BMW M2 CS Racing yang dikhususkan untuk pasaran benua Amerika Utara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membawakan spesifikasi enjin yang sama seperti BMW M2 versi jalanan, jentera BMW M2 CS Racing turut hadir dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo S55. 
 


Namun, talaan kuasa yang bakal dihamburkan berbeza mengikut klasifikasi yang dibenarkan iaitu 276 hp (Balance of Performance) atau 360 hp (Permit B) dengan daya kilas 550 Nm kekal tidak berubah.

BMW turut membangunkan varian yang lebih berkuasa bagi M2 CS Racing dengan output setinggi 444 kuasa kuda yang disasarkan kepada segmen perlumbaan club yang kian popular di Amerika Utara. 
 


Kesemua output tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang ditala mengikut spesifikasi perlumbaan, dan bukan kotak gear manual seperti versi jalanan. 

Sistem pengurusan enjin M2 CS Racing menampilkan sistem yang sama digunakan pada jentera M4 GT4.
 


Jentera lumba aras mula ini bakal menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh BMW M235i Racing dan M240i Racing sebelum ini.

Menurut Ketua unit Jualan dan Pemasaran BMW M GmbH, Thomas Felbermair berkata, "Pasaran Amerika Utara merupakan lokasi penting buat BMW M, jadi ia satu penghormatan buat mereka apabila kami memperlihatkan buat kali pertama jentera ini di Amerika.

Bermula musim 2020, BMW M GmbH akan bertanggungjawab terhadap jualan dan pengedaran jentera lumba BMW kepada pelanggan-pelanggan yang berminat.