BMW M2 Competition - 410 hp, 550 Nm, harga bulanan serendah RM7,158 (RM656,800 OTR)

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi model sports berprestasi tinggi, BMW M2 Competition bertempat di Litar Sepang bersempena dengan BMW M Track Day. 

Sebagai sebuah jentera dari keluarga M, ia didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris S55 M TwinPower Turbo dengan kuasa sekitar 410 kuasa kuda dan 550 Nm (2,350 rpm-5,230 rpm).

Atas jalan, M2 Competition ini mampu memecut dalam masa 4.2 saat dari 0-100 km/j.

Dan di litar Nurburgring, BMW M2 Competition mampu mencatatkan masa pusingan terpantas 7:54 minit.

 


Terima kasih kepada sistem transmisi M Double Clutch tujuh nisbah kelajuan yang didatangkan dengan ciri Drivelogic yang menawarkan mod pemanduan seperti Comfort, Sport dan Sport+.

Nadi enam silinder ini turut menerima penambahbaikan pada sistem pelinciran termasuk pelitup penakung minyak yang menghadkan pergerakan pelincir ketika olahan pemanduan dibuat secara mengejut.

Selain itu, sistem penyejukan BMW M2 Competition juga didatangkan dengan penyejuk bendalir transmisi bagi menjamin suhu operasi yang lebih ideal di jalan raya dan litar lumba. 
 


BMW M2 Competition juga menjamin pemanduan yang ideal kesan daripada penambahbaikan yang dibuat pada karakteristik casis, sekaligus meningkatkan prestasi. 

Penggunaan bahan yang ringan namun kuat seperti CFRP juga tidak memberikan kesan penambahan berat kepada BMW M2 Competition ini. 

Menerusi sistem Servotronic yang diintegrasikan dengan karakteristik M-specific pula, pemanu dapat mengawal tahap kawalan stereng secara elektronik mengikut kelajuan dan tetapan Drivelogic.
 


Sistem kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) telah ditala semula bagi memberikan kadar cengkaman dan kawalan yang lebih baik, disokong oleh BMW Active M Differential yang bertindak dalam masa 150 milisaat mampu mengelakkan situasi tidak terkawal. 

Ciri M Dynamic Mode (MDM) pula merupakan sub-fungsi kepada DSC yang boleh diaktifkan dalam mod SPORT+ atau secara manual, memberikan pemandu mencabar batasan dinamik jentera M2 ini terutama ketika pemanduan yang lebih serius. 

Bagi memberhentikan jentera M2 Competition ini, sistem brek telah dilengkapi dengan brek M Compound dan diakhiri dengan angkup brek biru metalik M blue. 

Menghiasi ruang arca roda pula ialah rim aloi ringan M bersaiz 19 inci dengan penggayaan double-spoke 437 M. 
 


Tidak dilupakan, ruang kabin turut dilengkapi dengan tempat duduk M Sport dengan iluminasi logo M2 dan sulaman klasik M pada tali pinggang keledar. 

Segala data pemanduan boleh diakses menerusi kluster Black Panel Technology,  manakala sistem hiburan pula didatangkan dengan BMW Navigation system Professional bersaiz 8.8 inci, jam randik khas BMW M Laptimer dan pembesar suara HiFi Harman Kardon.

Empat warna pilihan menanti para pembeli M2 Competition termasuklah Alpine White, Black Sapphire Metallic, Long Beach Blue Metallic atau Hockenheim Silver Metallic, digandingkan dengan upholsteri Black Leather Dakota (dengan sulaman kontras biru) atau Sunset Orange Metallic/Black Leather Dakota dengan sulaman kontras jingga. 
 


BMW M2 Competition boleh didapati di semua wakil pengedar BMW bermula hari ini dengan harga jualan atas jalan dari RM626,800 

Manakala harga bulanan serendah RM7,158 boleh didapati berdasarkan sistem pembiayaan Balloon Financing Plan oleh BMW Group Financial Services.

Setiap pembelian BMW M2 Competition turut meliputi perkara berikut:

•    Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
•   Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
•    Servis Dalam Talian BMW
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…