BMW M135i xDrive 2022 - 302 hp/450 Nm, sistem suspensi dinaiktaraf

oleh Mohamad Hanif|
Perang hot hatch antara Golf R dan Audi S3 kini disertai oleh kemunculan BMW M135i xDrive 2022, di mana ia menampilkan beberapa perubahan dari segi mekanikal untuk menjadikan pemanduan yang lebih mengujakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, BMW M135i xDrive 2022 mengekalkan nadi 2.0 liter turbo dengan kuasa setinggi 302 hp dan 450 Nm, sistem pacuan semua roda xDrive, serta sistem transmisi automatik lapan kelajuan yang menampilkan LSD mekanikal.
 

xDrive


Namun, BMW telah menaiktaraf sistem suspensi untuk model kemaskini pertengahan kitaran (LCI) ini dengan spring dan peredam yang telah dikalibrasi semula untuk mengurangkan kadar olengan badan semasa meratah selekoh.

Malah, jurutera BMW turut menala kembali cagak untuk lengan trailing dan kawalan pada gandar belakang, diikuti dengan komponen 'hydromount' baharu yang digunakan untuk pemasangan suspensi wishbone di bahagian hadapan.
 

xDrive


Dari segi penampilan, BMW menawarkan rim bermula dari saiz 18 inci atau 19 inci sebagai opsyen.

Untuk ruang kabin pula, BMW telah melakukan sedikit perubahan terhadap runut bunyi palsu yang terhasil menerusi pembesar suara.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
  Model kompak sporty ini dipadankan dengan karakteristik BMW M dengan menyerlahkan ciri-ciri…