BMW M ada aplikasi dalam kenderaan sendiri - M Drag Meter untuk drag!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aplikasi dalam kereta BMW M
Aplikasi dalam kereta BMW M
BMW M memperkenalkan rangkaian aplikasi eksklusif yang dibina khusus untuk pemandu jentera prestasi tinggi mereka.

Inovasi ini dibangunkan bagi menyuntik lebih keterujaan dan memperincikan lagi interaksi di antara pemandu dan kenderaan melalui paparan pusat yang boleh diubah suai mengikut citarasa peribadi.

Sebagai permulaan, rangkaian digital ini diperkenalkan pada model BMW iX3 baharu yang dilengkapi Pakej M Sport serta Pakej M Sport Pro.

Di masa hadapan, pemilik model BMW M lain yang menggunakan Sistem Operasi BMW X juga bakal menikmati akses serupa.
Aplikasi dalam kereta BMW M

 

Tiga Aplikasi Utama Dalam Kenderaan

M Cockpit

Aplikasi dalam kereta BMW M

 

  • Aplikasi ini berfungsi sebagai pusat data teknikal masa nyata yang komprehensif.
  • Memaparkan pelbagai maklumat kritikal berkaitan dinamik pemanduan, casis, rangkaian kuasa serta data geografi.
  • Pemandu diberikan fleksibiliti tinggi untuk menetapkan sehingga lima papan pemuka berbeza pada paparan pusat bagi memantau prestasi kenderaan mengikut keutamaan masing-masing.

M Drag Meter

  • Dibangunkan khas untuk kegunaan di litar drag, aplikasi ini menggunakan teknologi GPS bagi mengukur kelajuan dan jarak dengan tepat.
  • Pemandu boleh melihat data pecutan, nilai nyahpecutan serta masa tindak balas semasa memulakan pecutan dari keadaan pegun.
  • Alat pengukuran prestasi ini juga membolehkan pemandu memantau sehingga empat kriteria keputusan serentak pada skrin utama.

M Channel

Aplikasi dalam kereta BMW M

 

  • Saluran media pertama daripada BMW M ini menyediakan hiburan berkualiti tinggi buat pemandu dan penumpang ketika berhenti rehat atau semasa mengecas kenderaan.
  • Menawarkan pelbagai kandungan video atas permintaan seperti kisah di sebalik tabir, tutorial teknikal serta kandungan sukan permotoran.
  • Setiap video dipersembahkan dengan kualiti visual yang tajam beserta sistem bunyi yang imersif.

Ekosistem Digital Melalui My BMW

Aplikasi dalam kereta BMW M

 

Selain aplikasi di dalam kabin, BMW M turut memperkukuh ekosistem digital dengan mengintegrasikan Komuniti BMW M ke dalam aplikasi My BMW.

Langkah ini sebahagian daripada kempen GEN M yang menjadi platform penyatuan bagi komuniti peminat prestasi tinggi.

Melalui integrasi sistem, ahli komuniti dapat menikmati pelbagai kelebihan seperti:

  • Akses kepada produk unik dan kandungan premium BMW M.
  • Jemputan ke acara-acara istimewa dan tawaran eksklusif daripada rakan kongsi terpilih.
  • Ruang interaksi terus antara ahli komuniti untuk bertukar idea dan pengalaman.
Aplikasi dalam kereta BMW M

 

Kemudahan ini ditawarkan kepada pemandu di pasaran Jerman yang memiliki model M High Performance atau M Performance.

Fungsi tersebut boleh diakses pemilik kenderaan model tahun 2014 dan ke atas melalui pautan akaun pada aplikasi My BMW.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dirk Häcker   Dalam lebih sepuluh tahun ini, BMW M terus menambah model baharu, peningkatan…
Berita Global
  M5 Touring digerakkan enjin 4.4 liter V8 biturbo dengan padanan kotak gear automatik M…
Berita Global
  Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan…