BMW M 1000 RR - jentera dua roda BMW pertama dengan label M!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas pelancaran rasmi dua buah model sedan M3 dan coupe M4, BMW M kini meluaskan kuasanya dengan menawan dunia dua roda pula menerusi model M pertama daripada BMW Motorrad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikenali sebagai BMW M 1000 RR, jentera ini dibina berdasarkan BMW S 1000 RR dan menampilkan enjin empat silinder sebaris yang telah dilengkapi komponen cincin omboh baharu dari Mahle, kebuk pembakaran yang dimodifikasi, rod penyambung titanium dari Pankl.

Selain daripada itu, BMW Motorrad juga turut meningkatkan nisbah mampatan enjin, menggunakan rocker arm yang lebih ringan, serta port kemasukan dengan geometri serba baharu.

 


Terima kasih kepada peningkatan yang disebutkan tadi, enjin ini mampu menghasilkan 209 kuasa kuda dan 113 Nm daya kilas, peningkatan sebanyak 5 kuasa kuda berbanding model asal.

Walaupun peningkatan kuasa tidak ketara, menurut BMW Motorrad jentera ini adalah lebih berkuasa pada julat putaran enjin 6,000 rpm - 15,100 rpm yang lebih relevan untuk dinamik tunggangan di dalam litar lumba.

Bagi menyalurkan sisa-sisa pembakaran jauh ke atmosfera, sistem perpaipan BMW M 1000 RR ini menggunakan bahan daripada titanium.

 


Untuk memastikan tunggangan yang lebih melekat, BMW M 1000 RR ini juga turut ditambah komponen seperti winglet gentian karbon yang mampu meningkatkan daya turun, membantu fasa pecutan, serta meningkatkan kadar kestabilan ketika membrek dan mengambil selekoh.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan terbalik yang telah dioptimasikan, serta spring strut tengah dengan spring biru dan kinematik Full Floater Pro, di mana perubahan ini membantu meningkatkan prestasi membrek, kawalan anti-squat, serta memberikan pengalaman tunggangan terbaik.

 


Set rim pula diperbuat daripada gentian karbon manakala sistem brek M pula 'dipinjamkan' daripada pengalaman BMW Motorrad di dalam dunia perlumbaan Superbike World Championship.

Segala informasi penting dipaparkan pada skrin digital bersaiz 6.5 inci, dan boleh dilengkapkan dengan ciri opsyen M GPS laptrigger dan M GPS data logger.

Terdapat beberapa mod tunggangan seperti Rain, Road, Dynamic, Race, serta tiga mod Race Pro dibekalkan kepada pemilik, selain ciri kawalan elektronik seperti launch control, bantuan mula mendaki, bantuan penukaran gear, BMW Dynamic Traction Control dan fungsi wheelie yang menggunakan data daripada kotak penderia enam paksi.

 


BMW Motorrad juga menawarkan pakej M Competition yang merangkumi lengan ayun yang lebih ringan, pakej komponen gentian karbon, dan pakej rantai bebas penyelenggaraan.

Setakat ini tiada sebarang harga jualan didedahkan untuk sebuah motosikal M yang dihasilkan sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran global.

Sudah pasti, dengan pakej yang ditawarkan tidak mustahil harganya mungkin menjadi dua kali ganda berbanding motosikal asal S 1000 RR.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Biarpun dengan enjin bersesaran lebih kecil, namun dengan bantuan motor elektrik C 63 S E…
Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…