BMW M 1000 RR 2023 - 205 hp, 113 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad telah mengemaskini penawaran motosikal talaan M, iaitu BMW M 1000 RR 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin empat silinder sebaris 999 cc itu menghasilkan kuasa setinggi 205 hp dan 113 Nm, namun ia didatangkan dengan naiktaraf seperti rod penyambung Pankl titanium yang lebih ringan dan salur kemasukan udara yang lebih pendek, menyumbang kepada respons enjin yang lebih cepat.
 

1000RR


Aspek aerodinamik jentera ini juga turut dipertingkatkan di mana ia mampu menghasilkan daya turun semasa melayan selekoh, dan dalam masa yang sama meningkatkan sedikit angka kelajuan tertinggi.

Beberapa komponen turut menggunakan bahan gentian karbon seperti reraup, winglet, fender hadapan dengan salur penyejukan brek terbina, rim M Carbon, dan penutup rim M Aero W yang juga diperbuat daripada gentian karbon.
 

0000


Selain daripada mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic, Race & Race Pro 1-3), dua profil pendikit, dan tiga tahap kawalan brek enjin, BMW M 1000 RR turut dilengkapi dengan sistem bantuan elektronik yang dibantu dengan penderia enam paksi seperti Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), DTC Wheelie, Launch Control, Shift Assistant Pro, dan juga Hill Start Control Pro.

Segala informasi boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT 6.5 inci yang lengkap dengan animasi pemula berlogo M, serta antaramuka OBD untuk M GPS Datalogger dan M GPS Laptrigger.
 

1111


Antara ciri lain termasuklah bateri ringan M, slot pengecasan USB, sistem lampu LED, kawalan jelajah dan pemanas tangan.

Sementara M Competition Package pula menambah ciri seperti M GPS Laptrigger, pakej barangan M, pakej M Carbon, lengan ayun 220 g lebih ringan, rantai M Endurance salutan DLC dan penutup tempat duduk belakang. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi kuasa, ia dilengkapi nadi empat silinder sebaris 999 cc yang menghasilkan 212 HP pada 15,…