BMW M 1000 R rasmi di Malaysia - 210 HP, 113 Nm, harga dari RM158,500

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Motorrad Malaysia hari ini telah memperkenalkan model roadster super sport, BMW M 1000 R baharu yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi perlumbaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti S 1000 RR, M 1000 R turut dikuasakan nadi empat silinder sebaris yang telah dinaik taraf, menghasilkan 210 HP, namun daya kilas sedikit rendah iaitu 113 Nm.

Turut dipadankan denga transmisi 6 kelajuan, cengkaman roda belakang dalam semua aras gear juga dijamin dengan nisbah gear sekunder yang lebih singkat.

2

Sementara nisbah gear ke-4, ke-5, dan ke-6 juga dijadikan lebih singkat, yang dapat memberi sumbangan dari segi tujahan dan cengkaman pada roda belakang.

M 1000 R turut dilengkapi pelbagai inovasi serba komprehensif yang merangkumi enjin, suspensi, casis, aerodinamik, reka bentuk dan sistem bantuan tunggangan.

Ia menggunakan kerangka titian aluminium, serta dilengkapi dengan sisipan kartrij bertutup, sistem silinder piston hidraulik berasingan.

3

Suspensi dan casis M 1000 R baharu juga telah diperhalusi agar ia lebih berpaksikan kepada prestasi, dimana ia didatangkan dengan keupayaan boleh laras tambahan bagi pangkal spring fork di samping Kawalan Peredam Dinamik (DDC) secara standard.

M 1000 R baharu turut dipertingkatkan dengan ciri aerodinamik, dimana ia dilengkapi sayap lawi M yang baharu di hadapan, yang membekalkan daya turun (downforce) tambahan untuk meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Meningkatkan lagi dinamik tunggangan, M 1000 R dilengkapi dengan skrin paparan TFT 6.5 inci yang memaparkan segala maklumat penting.

 

4

 

Antara ciri standard lain yang turut ditawarkan ialah:

  • Titanium ESD
  • Bateri LiO
  • Rim tempaan M
  • Tempat duduk sport M
  • Rantai M Endurance
  • Tunggangan tanpa kunci
  • Spoiler enjin
  • Penggenggam hangat
  • Kawalan luncur
  • Pengantara pengecas USB
  • Tuil klac dan brek M
  • TFL
  • DRC
  • kit penumpang dan pelitup tempat duduk pembonceng
  • Shift Assistant Pro
  • Mod-mod tunggangan Pro
  • Kawalan Redaman Dinamik (DDC).

Untuk pasaran Malaysia, BMW M 1000 R ditawarkan dengan satu pilihan warna, iaitu Lightwhite / M Motorsport.

Harga pula ditawarkan bermula dari RM158,500 termasuk atas jalan tanpa insuran bersama Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

 

5

 

Selain itu juga, BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan pelan pembiayaan bermula daripada RM1,928 sebulan (Berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun).

Para pemilik juga boleh menikmati pelbagai faedah tambahan menerusi program-program yang terunggul seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…