BMW Malaysia hari ini membawa sesuatu yang baharu dan yang pertama di Malaysia untuk segmen kenderaan mewah.
Menurut Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan CEO BMW Group Malaysia, BMW Luxury Excellence Pavilion ini di bawa dari Toronta, Kanada dan terus ke Malaysia dalam usaha BMW untuk berkongsi pengalaman mewah jenama tersebut melalui program istimewa ini.
Pameran BMW Luxury Excellence Pavilion ini akan berada di Hotel Mandarin Oriental dari hari ini sehingga 7 Mac 2018. Ia hanya untuk mereka yang telah berdaftar dengan BMW sahaja.
BMW Malaysia juga turut mempamerkan model konsep ultra mewah, BMW 8-Series Coupe yang bakal dilancarkan dalam tahun ini.
Ia dianggap sebagai usaha paling agresif dalam sejarah BMW untuk mempertahankan segmen premium ini.