BMW lancar X5 Li untuk pasaran China - X5 dengan jarak antara roda lebih panjang

oleh Mohamad Hanif|
Masyarakat di China gemarkan sedan dan SUV yang panjang, jadi tidak menghairankan apabila pengeluar seperti BMW turut melancarkan model-model dengan jarak antara roda panjang yang dikhususkan untuk pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, BMW melancarkan SAV (gelaran BMW untuk SUV) X5 Li, atau lebih senang dirujuk sebagai BMW X5 yang lebih panjang jarak wheelbase-nya.

Dua varian ditawarkan eksklusif untuk pasaran tersebut iaitu BMW X5 xDrive30Li dan X5 xDrive40Li, di mana kedua-dua varian ini akan diproduksikan di China oleh BMW Brilliance Automotive Ltd.
 

X5


Berbanding model standard X5, BMW X5 Li ini membawakan ukuran jarak antara roda 130 mm lebih panjang, dan ini bermakna jarak antara roda X5 kini sepanjang 3,105 mm dengan dimensi panjang keseluruhan yang hampir menyamai panjang BMW X7.

Kelebihan dimensi ini memberikan manfaat kepada ruang kaki yang lebih luas, selain bukaan pintu yang lebih luas bagi memudahkan urusan keluar masuk.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah bumbung kaca panoramik, sistem pencahayaan ambien, ruang pengecasan nirwayar, serta pakej M Aerodynamics untuk bahagian luar.
 

X5


Sama seperti X5 standard, varian xDrive30Li didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 261 hp dan 400 Nm, sementara varian xDrive40Li pula hadir dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo dengan angka output 329 hp dan 450 Nm.

Sistem gantungan peredam kawalan elektronik didatangkan standard, namun untuk varian xDrive40Li pula boleh dilengkapi dengan opsyen suspensi udara dengan fungsi pelarasan automatik.