BMW lancar 2 model M Performance, promosi BMW ChargeNow dan BMW i Wallbox

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Membawakan semangat sukan permotoran dari litar ke jalan raya, BMW dengan bangganya memperkenalkan dua buah jentera edisi khas M Performance, iaitu BMW 330e M Performance dan BMW X5 xDrive 40e M Performance, 

Hanya 300 unit sahaja ditawarkan bagi setiap jentera M Performance yang cukup eksklusif ini dan turut dilengkapi dengan aksesori daripada BMW M Performance. 

Kedua-dua sedan 330e dan SUV X5 ini tampil lebih aerodinamik terima kasih kepada kit badan M Performance seperti skirt sisi, side sill foils dan gril hadapan dengan kemasan warna hitam berkilat. 

Ia diteruskan lagi dengan pemasangan perumah cermin sisi daripada gentian karbon, spoiler belakang, diffuser serta lampu belakang M Performance yang serba agresif. 

Di bahagian dalaman pula, pedal dan tempat letak kaki daripada M Performance turut dipasang dan diperbuat daripada keluli tahan karat. 

330e Edisi M Performance ini didatangkan dalam empat penawaran warna iaitu Sunset Orange, Black Sapphire, Estoril Blue dan Alpine White

Manakala jentera X5 xDrive40e M Performance ini didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu Carbon Black, Mineral White dan Space Grey, manakala warna dalaman pula disertakan pilihan kemasan Terra Dakota untuk mereka yang memilih warna Carbon Black.
 


Harga jualan bagi BMW 330e M Performance bermula dari RM258,800.00 atau bayaran bulanan serendah RM3,280.00 di bawah Easy Drive Programme

Manakala bagi BMW X5 xDrive40 M Performance pula ditawarkan pada harga RM390,800.00 atau bayaran bulanan serendah RM4,878.00 di bawah skim yang sama (berdasarkan pinjaman 80% dalam tempoh empat tahun, had batuan 20,000 km setiap tahun).

Bersempena Tahun Baru Cina, BMW Malaysia mengumumkan harga jualan baharu bagi model-model berikut:


BMW juga turut menawarkan BMW i Wallbox Plus, dan BMW i AC Fast Charging Cable secara percuma menerusi Promosi BMW i Wallbox untuk pemilik model BMW 530e, 740Le dan X5 xDrive40e baharu. 

Selain daripada itu, pembeli mana-mana model PHEV BMW akan menerima Promosi BMW ChargeNow yang terdiri daripada BMW i AC Fast Charging Cable dan kad BMW ChargeNow secara percuma. 

Kad BMW ChargeNow merupakan kolaborasi bersama GreenTech Malaysia, membolehkan para pemilik mengakses perkhidmatan ChargeNow mudah alih di platform ChargEV tanpa had selama satu tahun. 

Kempen CNY@BMW ini akan berakhir pada 31 Mac 2019.
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ciri-ciri tersebut ditonjolkan dengan jelas melalui garisan lampu, bar krom dan liang udara di…
Berita Domestik
Tidak kurang juga yang sudah pun mula menjalankan kajian untuk mendapatkan kereta baharu. Usah…
Berita Domestik
Hal ini turut diperkuat dengan satu dokumen yang tertiris yang memaparkan spesifikasi model 330e…