BMW kini tawar pakej waranti laku seluruh dunia selama TIGA tahun!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita terkini yang kami dapati dari pengedar motosikal Jerman, BMW Motorrad ialah sekarang menawarkan pakej waranti yang baharu.

Setiap pembelian motosikal BMW akan dilengkapi dengan waranti antarabangsa tiga tahun tanpa had perbatuan.

Selain dari itu, pemilik juga akan menerima Bantuan Teknikal (Road Side Assistance) selama tiga tahun tanpa had perbatuan juga.

Waranti antarangsa pula bermaksud anda boleh membuat tuntutan waranti dan juga menghantar servis motosikal BMW anda di mana-mana pusat servis rasmi BMW Motorrad di seluruh dunia.

Ini bermakna sekiranya anda menunggang BMW anda mengelilingi dunia, anda boleh menghantar servis motosikal anda di mana-mana pusat servis rasmi di mana-mana negara tanpa risau anda akan membatalkan waranti anda.

Sekiranya anda hendak membuat tuntutan waranti pun, anda boleh lakukannya di mana-mana pusat servis di seluruh dunia!

Tawaran ini hanya sah kepada pendaftaran motosikal baharu BMW bermula dari 1 Januari 2019. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…