BMW jenama premium nombor satu Malaysia 2021

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia sekali lagi menjadi pendahulu di dalam segmen premium di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut, dengan jumlah jualan melebihi 10,500 unit kenderaan sepanjang tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada jumlah tersebut, 16 peratus daripadanya merupakan kenderaan berelektrik.

Secara terperinci, BMW telah berjaya menjual lebih daripada 8,400 unit kenderaan dengan penguasaan pasaran sebanyak 47 peratus, diikuti MINI dengan 940 unit.
 

330


Mengikut pecahan, BMW 3 Series merupakan model yang paling laku dijual dengan jumlah jualan 2,400 unit atau 28 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan yang diterajui oleh model BMW 320i Sport.

Buat pertama kalinya, angka jualan BMW 2 Series berjaya mengalahkan model 5 Series dengan jumlah jualan 1,270 unit di mana 99 peratus disumbangkan oleh model BMW 218i Gran Coupe.

Sementara segmen SUV pula menyaksikan model BMW X1 kekal menjadi model paling laris (960 unit), diikuti BMW X5.
 

GS


Sementara BMW Motorrad Malaysia pula menduduki tempat pertama dalam segmen motosikal berkuasa tinggi melebihi 500 cc dengan lebih daripada 1,100 unit atau 20 peratus pegangan pasaran atau peningkatan sebanyak 5 peratus.

Segmen kembara mencatatkan penyerahan model sebanyak 657 unit di mana sebahagian besarnya disumbangkan oleh model BMW R 1250 GS Adventure edisi ulang tahun ke-40, diikuti dengan segmen jelajah dengan 159 unit, di mana 65 peratus daripadanya merupakan jentera BMW R 1250 RT.

Selain melakarkan titik sejarah baharu dengan pemasangan kenderaan yang ke-100,000 di kilang pemasangan Kulim, BMW Group Malaysia turut komited dalam menawarkan pelbagai model berelektrik, selain mewujudkan fasiliti pengecasan BMW i di seluruh Malaysia.
 

BMW i


Setakat Januari 2022, terdapat 77 buah fasiliti pengecasan BMW i dan 25 daripadanya dikendalikan oleh usaha sama yang dijalin dengan pengedar tempatan dan penggiat industri.

Rangkaian ini terdiri daripada 16 poin pengecasan Shell Recharge & Park Easy, serta 319 fasiliti pengecasan dengan GreenTech Malaysia serta platform ChargEV miliknya.

BMW Group Malaysia juga turut berusaha meluaskan pembangunan pusat pengecasan yang bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang, malah ia turut tersedia di kawasan Utara dan juga Selatan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…