BMW iX5 Hydrogen - SUV FCEV, kuasa setinggi 369 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menumpukan perhatian kepada model berkuasa elektrik serta plug-in hybrid (PHEV), BMW juga turut tidak mengenepikan idea penggunaan tenaga hidrogen sebagai alternatif kepada kenderaan yang disebutkan tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bakal diperlihatkan menerusi kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) BMW iX5 Hydrogen yang akan dipamerkan pada IAA Mobility 2021 di Munich, Jerman, selain menjadi pentas untuk mendemonstrasikan teknologi sel bahan api dari pengeluar Jerman itu.
 

FCEV


Trenkuasa sel bahan api hidrogen pada BMW iX5 Hydrogen ini mampu menjana kuasa 168 kuasa kuda, dan boleh dipertingkatkan kepada 369 hp di dalam keadaan pemanduan tertentu, seperti contoh pemanduan yang lebih serius.

Terdapat dua tangki bahan api hidrogen diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon yang mampu memuatkan sehingga 6 kg muatan hidrogen, di mana pengisian pula mengambil masa sekitar empat minit.
 

FCEV


Dari segi penampilan, ia membawakan rekaan yang sama seperti BMW X5 sedia ada, kecuali rekaan gril yang diserikan dengan aksen biru, termasuk pada bahagian bampar hadapan, dan roda.

Kemasan jeriji pada gril hadapan dihasilkan menerusi percetakan 3D.

Aspek pengendalian dibantu dengan rim bersaiz 22 inci dengan rekaan aerodinamik, dibaluti dengan tayar Pirelli yang diperbuat daripada getah asli dan gentian sintetik rayon yang mematuhi piawaian Forest Stewardship Council.
 

FCEV


Projek kenderaan sel bahan api ini telah pun berjalan untuk tempoh beberapa tahun, di mana pada tahun 2019 BMW memperkenalkan model konsep i Hydrogen NEXT menerusi kolaborasi bersama Toyota.

BMW percaya, bahan api hidrogen ini mampu menjadi satu alternatif untuk pemanduan sifar-emisi, terutama bagi kawasan/negara yang tidak mempunyai akses mudah terhadap fasiliti pengecasan EV.