BMW iX5 Hydrogen bakal diperkenal pada 2028!

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW iX5 Hydrogen 2025
BMW iX5 Hydrogen 2025
BMW Group bakal melancarkan BMW X5 baharu yang akan menjadi model pertama ditawarkan kepada pelanggan dengan lima pilihan sistem rangkaian kuasa berbeza.

Pelanggan akan ditawarkan rangkaian kuasa elektrik bateri, hibrid plug in, enjin petrol, enjin diesel dan teknologi sel bahan api hidrogen.

Bagi menangani isu infrastruktur, Inisiatif Hydrogen Mobility at Scale (HyMoS) turut diperkenalkan.

HyMos dirangka bagi menyokong pembangunan ekosistem hidrogen dan rangkaian stesen isian semula di kawasan bandar dengan pelaksanaan perintis pertama di Jerman.

Pendekatan terbuka teknologi sebagai faktor kejayaan strategik

 

BMW iX5 Hydrogen 2025

 

Kepelbagaian produk terus menjadi faktor kejayaan utama bagi BMW Group.

Portfolio BMW merangkumi enjin pembakaran dalaman, hibrid plug in, elektrik bateri serta teknologi sel bahan api hidrogen yang akan diperkenalkan bermula dengan BMW iX5 Hydrogen pada 2028.

Kepelbagaian ini bagi memenuhi kepelbagaian permintaan dan keperluan pelanggan di seluruh dunia pada masa kini dan juga masa depan.

BMW iX5 Hydrogen

 

BMW iX5 Hydrogen 2025

 

Selepas kejayaan unit ujian perintis di seluruh dunia, BMW iX5 Hydrogen akan memasuki pasaran sebagai model hidrogen pertama BMW yang diproduksi secara umum

BMW iX5 Hydrogen akan memasuki pasaran sebagai model hidrogen pertama BMW yang diproduksi secara umum

Teknologi pacuan ini berasaskan sistem sel bahan api generasi ketiga yang dibangunkan bersama Toyota Motor Corporation.

Kelebihan teknologi hidrogen

 

 BMW iX5 Hydrogen 2025

 

Hidrogen diiktiraf sebagai medium tenaga masa depan yang strategik bagi usaha penyahkarbonan global.

Ia bertindak sebagai medium penyimpanan tenaga boleh diperbaharui yang berkesan, membantu mengimbangi penawaran dan permintaan serta membolehkan integrasi sumber boleh diperbaharui ke dalam grid tenaga dengan lebih stabil dan utuh.

Hidrogen menjadi pelengkap penting dalam melengkapkan mobiliti elektrik di mana pacuan elektrik bateri bukan merupakan penyelesaian optimum.

 

 BMW iX5 Hydrogen 2025

 

Inisiatif HyMoS: pakatan mengukuhkan infrastruktur hidrogen

Selain membangunkan BMW iX5 Hydrogen, BMW Group turut aktif dalam memperluas rangkaian isian hidrogen.

Inisiatif HyMoS ditubuhkan untuk menyokong ekosistem hidrogen dalam mobiliti melalui kerjasama dengan rakan industri dan institusi.

Matlamat utama inisiatif ini ialah meningkatkan daya saing ekonomi ekosistem hidrogen dengan menggabungkan permintaan daripada semua jenis kenderaan termasuk lori, bas dan kereta penumpang.

 

 BMW iX5 Hydrogen 2025

 

Langkah ini membantu mencapai pengedaran dan penggunaan stesen hidrogen secara optimum.

Inisiatif ini menyokong projek ekosistem hidrogen sedia ada dengan perkongsian pengalaman antara projek dan sokongan lapangan daripada rakan industri.

Fasa perintis bermula dengan menyokong ekosistem di Jerman dan Perancis bagi mengumpulkan pengalaman untuk pelaksanaan di bandar metropolitan lain dan berpotensi diperluas ke negara lain.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 BMW iX5 Hydrogen 2025

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk permulaan, tidak lebih daripada 100 unit BMW iX5 Hydrogen yang akan dihasilkan, dan ia akan…
Berita Global
Buat permulaan, kesemua unit iX5 Hydrogen itu akan digunakan sebagai model pameran dan demonstrasi…
Berita Global
Kini, BMW dilapor memulakan produksi unit sel bahan api bertempat di pusat kompeten hidrogen yang…