BMW iX ini boleh bertukar warna badan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara CES 2022, BMW memperlihatkan sebuah BMW iX dengan teknologi balutan badan yang boleh bertukar warna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah balutan (wrap) biasa yang kita selalu lihat, akan tetapi BMW menggunakan teknologi daripada E ink yang biasa didapati pada peranti e-readers (macam Amazon Kindle).

Disebabkan itu, ia hanya mampu menawarkan penukaran warna dari hitam kepada kelabu atau putih dengan hanya satu sentuhan butang sahaja.
 

E Ink


E Ink ini tidak akan menggunakan terlalu banyak tenaga elektrik, di mana teknologi electrophoric yang digunakan hanya perlu dirangsang oleh isyarat elektrik bagi mengubah pigmen warna, dan tidak perlukan isyarat elektrik yang berterusan untuk mengekalkan warna tersebut.

Menurut BMW, penukaran warna ini amat berguna terutama ketika berhadapan dengan perubahan cuaca.
 

E Ink


Seperti contoh, kereta hitam akan menyerap cahaya lebih banyak, serta mengurangkan tenaga yang terpaksa digunakan oleh sistem pemanas, di mana ciri ini amat berguna ketika sedang menghadapi musim sejuk.

Sementara panel badan yang putih pula akan mengurangkan kadar penyerapan cahaya, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap sistem pendingin hawa terutama ketika musim panas.
 

E INk


Menurut BMW lagi, teknologi ini juga amat berguna untuk keperluan masa akan datang, seperti contoh memaparkan status pengecasan EV.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut adalah sebagai tindak balas positif kepada permintaan kukuh semasa perayaan Tahun…
Berita Domestik
Kerjasama itu bertujuan untuk memperkasakan pemilik BMW iX baharu ke arah perjalanan mampan dengan…
Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…