BMW i8 terbakar di Lebuh Raya KESAS

oleh Penyumbang Rencana|
foto Kosmo
Sebuah kereta BMW i8 musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Petaling, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), di Sri Petaling pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar pukul 12.17 tengah hari Jumaat.

Menurut pasukan bomba setibanya di lokasi, terdapat sebuah kereta hybrid jenis BMW i8 terbakar. Bagaimanapun, kebakaran terbabit berjaya dikawal sekitar pukul 12.29 tengah hari dan mangsa yang juga pemandu selamat.

Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik.

Bacaan lanjut di Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bersama sebuah…
Berita Domestik
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah bersama bantuan…
Berita Domestik
Berlaku kesesakan lebih lima kilometer menghala selatan susulan sebahagian jalan terpaksa ditutup…