BMW i8 milik Datuk Seri terlibat dalam kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kereta mewah jenis BMW i8 bernilai lebih RM1 juta rosak teruk selepas terbabas di Kilometer 69, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Lakit di sini, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, seorang pemandu berusia 34 tahun dan seorang lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kereta milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang. 

Katanya, sebaik tiba di lokasi kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak seekor binatang yang melintas.

“Ketika kejadian hujan turun renyai-renyai menyebabkan jalan licin sehingga pemandu tidak dapat mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

“Kita menerima laporan kejadian kemalangan itu daripada seorang pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, pemandu kenderaan tersebut telah membuat laporan mengenai  kejadian kemalangan itu.

Katanya, kenderaan mewah yang mengalami kerosakan pada cermin hadapan dan beberapa bahagian lain itu juga masih disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun…
Berita Global
Secara kasarnya, BMW i8 merupakan salah satu kereta sports dengan rekaan yang futuristik dan tidak…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan rekod jualan yang diperoleh daripada Goodcarbadcar, Acura telah berjaya…