BMW i4 M50 - kereta keselamatan rasmi MotoE

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga artikel ini ditulis, BMW masih lagi tidak mempunyai jentera prestasi tinggi M elektrik yang sebenar, jadi mereka menggunakan model i4 M50 sebagai kereta keselamatan berkuasa elektrik pertama untuk FIM Enel MotoE World Cup bagi menggantikan BMW i8.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW i4 M50 boleh dianggap sebagai kereta elektrik prestasi tinggi pertama dari BMW M, di mana ia dilengkapi dengan motor elektrik berkembar menghasilkan 536 hp dan 795 Nm.

 

BMW i4 M


Sistem pacuan semua roda membolehkan BMW i4 M50 ini memecut sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j, sementara pek bateri berkapasiti 83.9 kWh pula membenarkan jarak pergerakan sejauh 510 km.

Sebagai sebuah kereta keselamatan, BMW i4 M50 dilengkapi dengan beberapa unit lampu tambahan, termasuk yang terpasang pada gril hadapan, sementara rekaan liveri direka semula menampilkan grafik hijau fluorescent, warna matte gray, diikuti dengan aksen signatur BMW M berwarna biru cair, biru gelap dan merah.
 

BMW i4 M50


Tidak ketinggalan, decal yang melambangkan beberapa buah penaja serta frasa "Born Electric in M Town" pada fender hadapan.

MotoE merupakan acara perlumbaan motosikal elektrik yang diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada kejuaraan sedunia MotoGP dengan menggunakan motosikal daripada Energica.

Kereta keselamatan BMW i4 M50 ini akan membuat penampilan rasmi pada 15 Ogos ini di Red Bull Ring.

Baca: BMW i4 M50 2022

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sempena dengan ulang tahun ke-50 divisyen sukan permotoran ikonik BMW tahun lalu, ketibaan jentera…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…