BMW i4 M50 2022 - 536 kuasa kuda, 0-100 kmsj dalam 3.9 saat

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi sedan elektrik i4 beberapa bulan yang lalu, BMW akhirya memperlihatkan sebuah lagi sedan elektrik yang tampil dengan sentuhan daripada divisyen M, BMW i4 M50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW i4 M50 merupakan versi i4 yang lebih sporti, dilayangkan dengan warna Forezen Portimao Blue yang diserikan dengan trim berwarna hitam dan gentian karbon bagi menjadikannya tampak lebih agresif.

Dari segi kuasa, BMW i4 M50 menampilkan konfigurasi dua motor elektrik (255 hp hadapan, 308 hp belakang) dengan angka output keseluruhan mencecah 536 kuasa kuda dan 795 Nm (dalam mod Sport Boost) yang dipadankan dengan transmisi kelajuan tinggal.

 


Namun dalam keadaan biasa, angka tersebut dikurangkan kepada 469 hp dan 729 Nm sahaja.

Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa sekitar 3.9 saat berbanding model standard i4 (5.7 saat) sebelum mencapai kelajuan tertinggi 225 km/j.

Sebagai perbandingan, BMW M3 yang terkini mampu memecut sepantas 4.1 saat manakala versi Competition 503 hp pula sekitar 3.8 saat!

 


Untuk menjadikan kawalan pemanduan yang lebih mengujakan, BMW telah mendatangkan sistem suspensi adaptif M yang boleh ditetapkan secara individu, bar anti-oleng, penambahan spring strut tower brace, serta sistem stereng sport.

Sistem pemberhentian pula menggunakan brek M Sport manakala keempat-empat sudut pula dipasangkan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci.

Disebabkan pek bateri yang dipasang pada bahagian lantai, BMW i4 M50 mempunyai titik graviti yang jauh lebih rendah berbanding model sedan 3 Series.

Pek bateri ini mampu menawarkan jarak operasi sejauh 395 km untuk sekali cas penuh, dan boleh dicas kembali dalam masa 7.6 jam menggunakan pengecasan 11 kW, atau 31 minit (10-80 peratus) menggunakan pengecasan pantas 200 kW.

 


Ruang kabin BMW i4 M50 ini menampilkan skrin melengkung besar yang sama didapati pada model iX, manakala tempat duduk pula dipinjamkan daripada model M3 dan M4 dengan penampilan warna yang sedikit berbeza.

Roda stereng pula menampilkan kemasan yang lebih sporti, manakala butang pemilihan mod pemanduan pula diletakkan berdekatan dengan tuil gear, posisi yang sama pada model-model BMW yang terkini.

BMW i4 M50 ini bakal mula dijual pada suku pertama 2022 di Amerika Syarikat dengan harga dari $65,900 (RM271,870), atau $4,000 lebih murah berbanding BMW M3 Sedan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sempena dengan ulang tahun ke-50 divisyen sukan permotoran ikonik BMW tahun lalu, ketibaan jentera…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…