BMW i4 - lawan Tesla Model 3

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW telah mengumumkan model sedan elektrik sepenuhnya, i4 akan dilancarkan tiga bulan lebih awal dari sepatutnya.

i4 akan menampilkan proses transformasi "Neue Klasse" yang sedang dilakukan oleh syarikat itu untuk memperkenalkan gaya rekabentuk baharu dan fokus kepada teknologi dan perisian terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model i4 sebenarnya mirip kepada model BMW 4-Series Gran Coupe yang terlancar tahun lalu lagi. Platform pula dikongsi dengan 3-Series dan 4-Series sekarang. Namun begitu i4 hanya akan hadir dengan tren kuasa elektrik sahaja.

Bagi varian i4 paling tinggi, kuasa maksimum ialah 523 hp, dihantar keempat-empat roda (AWD) dan jarak perjalanan untuk sekali caj ialah melebihi 600 km.

Pecutan 0-100 kmsj pula ialah dalam 4.0 saat dan halaju maksimum ialah 200 kmsj (dibataskan).

Bateri yang digunakan ialah sebesar 80 kWh, dan kemungkinan besar akan ada varian RWD dengan bateri lebih kecil diperkenalkan bagi model i4 ini.

Seperti model-model EV BMW yang lain, Careta pasti i4 ini akan diperkenalkan di Malaysia dan dengan insentif CKD yang menarik, mungkin Kulim akan melihat kepada satu lagi projek CKD untuk kenderaan EV bagi pasaran tempatan selepas Porsche Taycan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…