BMW i4 eDrive40 M Sport - Pra-tempahan kini dibuka, harga dari RM389,800

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan sesi pra-tempahan bagi model sedan gran coupe berkuasa elektrik BMW i4 eDrive40 M Sport untuk pasaran Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

BMW i4 eDrive40 M Sport membawakan konfigurasi pacuan roda belakang selain menampilkan elemen aerodinamik yang termaju, prestasi elektrik yang dinamik serta pemanduan yang selesa.

Dari segi kuasa, motor elektrik tunggal mampu menghamburkan tenaga setinggi 340 hp dan daya kilas 430 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat sahaja.
 

BMW i4


Pek bateri berkapasiti 83.9 kWh pula membenarkan jarak pemanduan sejauh 590 km untuk sekali cas penuh.

BMW i4 eDrive40 M Sport turut menyokong pengecasan arus ulang alik (AC) 11 kW dengan masa pengecasan penuh dalam tempoh 8 jam 15 minit, serta pengecasan pantas arus terus (DC) 200 kW dengan tempoh pengecasan 31 minit sahaja (dari 10 hingga 80 peratus).

Secara standard, BMW i4 untuk pasaran tempatan didatangkan dengan pakej M Sport yang merangkumi elemen M Aerodynamics, lampu BMW Laserlights dengan bantuan suluhan tinggi Automatik, rim bersaiz 19 inci M Aerodynamic Wheels 860 M Bicolour, brek M Sport, serta pakej M High-gloss Shadow Line.
 

BMW i4


Ruang kabin BMW i4 pula diserikan dengan trim aluminium rhombicle anthracite, alas bumbung M Anthracite, roda stereng balutan kulit M, serta kemasan Sensatec pada panel instrumen.

Ciri lain yang dimuatkan termasuklah BMW Live Cockpit Professional, BMW ConnectedDrive, integrasi peranti pintar, sistem audio Harman Kardon dengan 17 pembesar suara, kerusi boleh laras dengan fungsi memori, pakej Interior and Exterior Mirror, sistem pendingin hawa automatik, operasi but belakang automatik, serta Storage Compartment Package.

Aspek keselamatan didatangkan dengan ciri seperti perlindungan aktif dan akustik untuk pejalan kaki, Driving Assistant Professional, serta Parking Assistant Plus.
 

BMW i4


BMW i4 eDrive40 M Sport boleh didapati dalam warna Black Sapphire, Mineral White, Dravit Grey, serta warna tambahan Sanremo Green, M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey, diikuti dengan kulit Vernasca berwarna hitam, mocha atau Tacora Red.

Harga jualan BMW i4 eDrive40 M Sport bermula dari RM389,800 atau bulanan serendah RM4,306 berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun menerusi Easy Drive Financing Plan daripada BMW Group Financial Services Malaysia.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian standard i4 eDrive35 serta varian i4 eDrive35 M…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…