BMW i4 eDrive35 rasmi - varian asas 281 hp/400 Nm, jarak gerak 418 km

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat kereta elektrik BMW i4 kini mempunyai satu lagi pilihan yang lebih mampu milik menerusi pengenalan varian i4 eDrive35.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Varian aras mula ini sebenarnya menampilkan konfigurasi trenkuasa motor elektrik pacuan roda belakang yang sama seperti varian i4 eDrive40.
 

BMW i4


BMW i4 eDrive35 ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 281 hp dan daya kilas 400 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 5.8 saat, sama seperti prestasi i4 eDrive40.

Namun, pek bateri pula adalah lebih kecil berkapasiti 70.2 kWh (66 kW yang boleh digunakan) membenarkan jarak pemanduan sejauh 418 km untuk sekali cas penuh.
 

i4


Keupayaan pengecasan pantas 180 kW membolehkan pek bateri dicas dalam tempoh 32 minit dari 10 hingga 80 peratus SoC.

Sebagai perbandingan, BMW i4 eDrive40 mampu menjana kuasa 335 hp/430 Nm yang memacu roda belakang, serta pek bateri 83.9 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 483 km untuk sekali cas penuh.
 

i4


Selain itu, kelengkapan BMW i4 eDrive35 adalah hampir sama dengan model i4 eDrive40, seperti skrin paparan digital 12.3 inci serta skrin infotainmen 14.9 inci di dalam satu panel melengkung tunggal.

Harga jualan untuk BMW i4 eDrive35 bermula dari $52,395 (RM233,498) dan sebagai perbandingan, harga jualan BMW i4 eDrive40 di pasaran Malaysia bermula dari RM389,800.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian standard i4 eDrive35 serta varian i4 eDrive35 M…