BMW Hip Bag 2 - praktikal dan lasak!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Motorrad bukan sahaja terkenal kerana motosikal mereka, tetapi juga untuk aksesorinya seperti jaket, seluar dan beg pinggang atau hip bag.

Careta menguji sebuah beg pinggang BMW Motorrad model Hip Bag 2 untuk kegunaan harian. 

Pada mulanya, fabrik yang digunakan tidak terasa sekuat fabrik pada beg pinggang BMW sebelum ini. Ia terasa seperti kanvas nipis dan lembut, dan penulis sendiri risau bahagian zip akan rosak kerana semasa di dalam konvoi atau menunggang offroad.

 

 

Namun begitu, setelah empat bulan menggunakannya, ternyata sangkaan penulis meleset. Hip Bag 2 ini masih lagi berfungsi dengan baik, tidak ada apa yang terkoyak atau tertanggal dan penulis menggunakannya bukan setakat untuk menunggang, tetapi untuk aktiviti harian, ke pasar tani dan juga untuk kegiatan 4X4.

Warnanya memang menggunakan warna tradisional BMW Motorrad - kelabu dan hitam dengan sedikit sentuhan jingga.

 

 

Ia mempunyai tempat simpanan seluas lebih kurang lima liter dan di sisinya ada poket kecil berzip dan tempat letak botol minuman.

Bahagian hadapan pula ada poket berjaring dengan velcro, sesuai untuk menyimpan tiket parkir atau tiket wayang.

Di bahagian atas juga ada poket berjaring yang nampaknya lebih sesuai untuk menyimpan spek mata gelap.

 

 

Bahagian dalam hanya dibahagiakan kepada dua ruang - ruang utama dan satu poket kecil dengan tempat ikat kunci. 

Ruang utama itu memang besar dan kadang-kadang ia seperti poket Doraemon kerana terpaksa menyelongkar untuk mencari objek yang dikehendaki.

Hip Bag 2 juga lengkap dengan penutup hujan warna jingga yang disimpan di dalam poket kecil di bahagian bawah.

 

 

Yang menariknya ialah Hip Bag 2 mempunyai dua cara pemakaian - diikat dipinggang seperti beg pinggang biasa, atau dengan memasang tali di sebelah atas untuk dijadikan seperti sebuah beg sandang.

Harga di pasaran ialah di bawah RM300 dan ia boleh didapati dari kebanyakan dewan pameran BMW Motorrad. Unit penulis dibeli dari Chear Motorrad di Gateway Puchong.

Untuk yang tidak menunggang BMW atau tidak mempunyai motosikal pun, jangan risau. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja dan logo BMW Motorrad juga hanya tertulis kecil di bahagian hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…