BMW guna tenaga dari tahi lembu dan tahi ayam

oleh HEZERI SAMSURI|

BMW nampaknya serius di dalam konsep hijau untuk proses operasi syarikat dari Munich itu.

Kilang BMW di Rosslyn, Afrika Selatan mendapatkan suku dari tenaga elektrik yang digunakan sebualn dari sebuah loji biogas sejak dua tahun lalu.

Loji itu menghasilkan tenaga elektrik menggunakan bahan buangan dari kandang lembu, reban ayam dan tiga juta penduduk di kawasan Tshwane. 

Kilang BMW dia Spartanburg, Carolina Selatan, US mendapat separuh dari tenaga yang diperlukannya dari gas metana yang disalurkan ke kilang itu dari webuah tempat buangan sampah 10 batu jauhnya.

Dua turbin di kilang BMW itu menggunakan gas bahan buangan itu untuk menghasilkan tenaga elektrik, lantas merendahkan tapak karbon atau carbon footprint kilang BMW itu sebanyak 92,000 tan karbon monoksida (penjimatan bil elektrik sebanyak US$3.5 juta setahun).

Di seluruh dunia, syarikat BMW mendapat 63 peratus dari keperluan tenaganya dari sumber-sumber tenaga boleh pulih (renewable energy sources).

Selain dari gas metana, BMW juga menggunakan turbin angin di kilang bateri mereka di Leipzig, Jerman dan juga panel solar di pejabat mereka di New Jersey, US.

Banyak syarikat di Malaysia tidak perlu melakukan perkara sebegitu kerana harga bil elektrik yang masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain dan juga kerana sumber tenaga di Malaysia ini dipercayai mampu bertahan selama 13 juta abad lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka itu 20 hp lebih tinggi termasuk M2 dengan kotak gear enam kelajuan manual yang…
Berita Domestik
Dijana dengan enjin B48 2.0L turbo yang menghasilkan 208 hp dan 330 Nm serta transmisi 8-kelajuan…
Berita Global
  Dua lagi pilihan ialah enjin diesel turbo B47 (118d) dan diesel turbo dengan mild hybrid (120d…