BMW Group Malaysia umum harga rasmi BMW 530i M CKD, MINI Countryman S ALL4 CKD

oleh Firdaus Razani|
BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan (CKD) Serba Baharu dan MINI Countryman S ALL4 CKD Serba Baharu, yang kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW dan MINI di seluruh negara.

BMW 530i M Sport CKD baharu hadir dengan proposisi menawan yang merupakan ciri istimewa BMW 5 Series serta menampilkan elemen visual yang menyerlah, yang meningkatkan identiti ikonik model ini.

 

bmw

 

Meneruskan legasi sebagai Sedan Perniagaan Premium Paling Berjaya di Dunia, varian berkuasa petrol ini memperluaskan lagi pilihan untuk pelanggan di Malaysia, dengan menawarkan kuasa pecutan yang lebih tinggi serta kelengkapan yang lebih canggih, selepas pengenalan BMW 520i M Sport CKD pada tahun 2024.

Sementara itu, MINI Countryman S ALL4 CKD baharu pula tampil dengan gaya berani sebagai varian berenjin petrol bagi model terbesar dan paling serba boleh dalam Keluarga MINI Baharu.

 

bmw

 

Dengan rangkaian kuasa pacuan semua roda, reka bentuk crossover yang tahan lasak, profil menegak dan lebar antara tayar yang ditingkatkan, MINI Countryman S ALL4 CKD adalah kenderaan ideal untuk pemanduan di bandar mahupun pengembaraan luar.

Menerusi Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 530i M Sport CKD boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM4,178.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun @ 20,000 km jarak perbatuan setahun).

 

bmw

 

Sebagai alternatif, menerusi Pelan Pembiayaan Straight-Line pula, pelanggan boleh memiliki BMW 530i M Sport CKD dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM4,442.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun).

Selain itu, pemilik BMW 530i M Sport CKD akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh, termasuk:

• Bantuan Tepi Jalan BMW dan Talian Kecemasan Kemalangan

• Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 530i M Sport CKD Serba Baharu adalah dari RM 399,800.00 dan jika dengan tambahan pakej Servis & Pembaikan Inklusif BMW* adalah dari RM 430,100.00

* Terdiri daripada Waranti Lanjutan Lima Tahun dan Pakej Servis

 

Manakala bagi MINI Countryman S ALL4 CKD Serba Baharu dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu dengan senarai perkhidmatannya yang komprehensif termasuklah Bantuan Kemalangan dan Pertolongan 24-Jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih dari 200km dari rumah kediaman),

 

bmw

 

Kenderaan Gantian, Mobiliti Lancar, Penginapan, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti serta Perkhidmatan Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.

Selain itu, dalam menegaskan komitmen MINI terhadap kualiti dan kepuasan pemandu adalah penawaran waranti standard selama dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis untuk memberikan kepastian jangka masa panjang serta ketenangan fikiran apabila membeli MINI baharu.

Dengan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Countryman S ALL4 baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan dianggarkan bermula dari RM2,338 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus dengan jarak perbatuan 100,000 km untuk tempoh lima tahun).

 

bmw

 

Harga jualan (atas Jalan, tanpa insurans) bagi MINI Countryman S ALL4 CKD Serba Baharu adalah dari RM 258,888.00

Manakala, jika dengan Tambahan Pakej Waranti dan Servis Lanjutan adalah dari RM269,288.

Pelanggan boleh menghubungi pengedar sah BMW atau MINI pilihan mereka untuk maklumat lanjut.

Sebagai alternatif, layari https://www.bmw.com.my/en/index.html BMW Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BMW 530i M Sport atau https://www.mini.my/en_MY/home.html untuk maklumat lanjut mengenai MINI Countryman S ALL4 serba Baharu.