BMW Group Malaysia taja filem "GUANG" hasil karya pemenang BMW Shorties

oleh Mohamad Hanif|
BMW Shorties, yang merupakan sebuah inisiatif bertradisi diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia telah mencungkil, memupuk, dan mendukung bakat-bakat filem tempatan di Malaysia sejak tahun 2006.

Hari ini, ia terus menjadi sebuah platform bagi pelbagai visi kreatif yang disulam sebagai kisah-kisah menarik yang dilahirkan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2011, BMW Shorties menyaksikan saudara Quek Shio Chuan menyahut cabaran dan mendemonstrasikan tema tahun tersebut iaitu, ‘Kegembiraan’ (Joy) menerusi filem pendek berdurasi 14 minit yang penuh dengan inspirasi, GUANG, yang bukan sahaja berjaya memenangi geran produksi berjumlah RM75,000 sebagai Hadiah Utama, malah telah menggarap anugerah Lakon Layar Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Filem pendek tersebut juga turut berjaya merangkul pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk pencapaian filem tersebut sebagai filem pendek Asia yang pertama untuk memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik di acara ‘Alto Vicentino Film Festival’ yang berprestij di Santorso, Italy.
 


Tujuh tahun kemudian, BMW Group Malaysia dan BMW Shorties berbesar hati untuk sekali lagi memberi sokongan kepada Quek dalam usaha beliau untuk mengecapi kejayaan dengan filem cetera panjangnya yang turut diberi nama, GUANG.

“Kami berasa gembira untuk melihat Quek dan hasil karyanya, GUANG yang telah mengorak langkah sebagai filem pendek sehingga menjadi sebuah filem cetera yang berjaya di skrin besar. Dengan rasa rendah hati, kami menilai impak positif yang dibawakan oleh BMW Shorties untuk bakat perfileman dan kandungan digital di dalam negara ini, dalam usaha untuk bukan sahaja menzahirkan sebuah platform bagi pelbagai jenis filem, malah untuk memberikan setiap artis ini sebuah kerjaya bermakna bagi mereka.

"Sememangnya, Quek merupakan antara bakat yang dapat membuktikan kejayaan BMW Shorties ini. Dahulu dan kini, kami terus dapat melihat potensi yang besar dalam diri beliau, dan kami berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama Quek,” ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia.

GUANG membawakan sebuah kisah yang mengharukan mengenai seorang lelaki autistik, Wen Guang dilakonkan oleh Kyo Chen, yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan ia tidak diketahui oleh sesiapa.  Wen Guang perlu menjurusi dunia ini yang tidak memahaminya apabila abang beliau, Di Di, watak yang dilakonkan oleh Ernest Chong, mendesaknya untuk mencari pekerjaan agar beliau dapat menyara diri.
 


“Ia telah menjadi sebuah perjalanan yang panjang namun merendahkan hati menuju ke saat ini. Penemuan sebuah platform bagi penceritaan kisah tersebut merupakan langkah permulaan yang penting, dan saya bersyukur kerana BMW Shorties telah membantu membawa kami jauh ke hadapan sejak kami berjaya memenangi pertandingan tersebut pada tahun 2011,” jelas Quek.

Sebelum tayangan perdananya yang rasmi di Malaysia, GUANG telahpun berjaya menggarap anugerah Pengarah Baharu Terbaik (Quek Shio Chuan) dan Pelakon Lelaki Baharu Terbaik (Kyo Chen) di ‘13th Chinese Youth Generation Film Forum’ yang telah berlangsung di Wuhan, China.

GUANG turut dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Shanghai yang ke-21, serta telah mengambil bahagian dalam ‘Focus on Asia Fukuoka International Film Festival 2018’.

Versi filem pendek tersebut yang bertajuk, GUANG berjaya memenangi hadiah utama BMW Shorties pada tahun 2011. Pada tahun ini, Quek kembali ke BMW Shorties sebagai seorang juri, beliau turut menyertai nama-nama terkemuka yang lain di dalam industri perfileman tanah air seperti Lina Tan, Isazaly Mohd Isa, Tan Chui Mui dan Nadira Ilana.
 


Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan GUANG di pawagam yang berhampiran anda bermula pada 29 November 2018.

Anda boleh menonton treler filem tersebut DI SINI.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW Shorties, sila layari laman web BMW Shorties di pautan berikut:

BMW Shorties
www.bmwshorties.com.my  

Facebook BMW Shorties  
www.facebook.com/bmwshorties 

Instagram di
www.instagram.com/bmwshorties.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mencapai edisi ke-17, BMW Shorties menampilkan para individu berpengalaman dan ternama dalam…
Berita Domestik
Setiap tahun, penganjuran pertandingan tersebut berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan…
Berita Domestik
Dengan tema RE:IMAGINE pada tahun ini, bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur, pemenang edisi…