Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser, berkongsi, “Tahun ini, sementara kita meraikan sejarah BMW M selama lima dekad sebagai sebuah pasukan, kita juga perlu menyuluh semangat perpaduan yang dipamerkan oleh warga Malaysia sebagai sebuah negara selama 59 tahun.

"Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyaksikan semangat yang dikongsi bersama oleh warga Malaysia terhadap jenama ini, yang bukan sahaja mendemonstrasikan kebanggaan dan cinta mereka ke atas divisyen sukan permotoran tersebut, tapi juga buat Malaysia pada hari yang begitu bermakna. Kami berharap Aksara Terunggul di Dunia ini akan terus memberi ilham kepada komuniti BMW M kita di sini," jelasnya lagi.
Menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia, BMW Group Malaysia juga telah menghadiahkan para pemenang bagi pencarian jentera BMW M yang tertua di Malaysia bagi setiap siri model bersempena dengan 50 Jahre M.

Tiga daripada enam model BMW M pemenang telah dipamerkan pada perhimpunan tersebut.
Berikut merupakan senarai pemenang (bukan dalam turutan tertentu):
1.Han Kim Leng, 1981 BMW M535i (E12)
2.Harris Mah Kar Keat –1988 BMW M3 (E30)
3.Lim Shin Tom –1991 BMW M5
4.Gan Kian Yeh –2006 BMW M6 (E63)
5.Tan Kai Che –2015 BMW M4
6.Tee Yee Jiuh –2017 BMW M2